6 comments

11 Anugerah Jadi Rebutan Di Festival Nasyid MAKUM 2015

by on May 12, 2015
 

Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Kementerian Pelancongan & Kebudayaan dan Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia bakal menganjurkan Festival Nasyid MAKUM 2015 bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Pahang Darul Makmur. Festival Nasyid yang diadakan secara dwi tahunan ini dijadualkan akan berlangsung selama empat hari bermula pada 14 sehingga 17 Mei 2015.

Acara festival gilang-gemilang ini bakal menyaksikan pertembungan di antara kumpulan-kumpulan nasyid terhebat dikalangan mahasiswa tempatan mewakili universiti-universiti awam seluruh Malaysia bagi merebut gelaran juara. Sehingga kini, sebanyak 10 buah institusi pengajian tinggi awam telah mengesahkan penyertaan bagi edisi kali ini. Mereka terdiri daripada:-

  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMaP)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

Berdasarkan emel yang kami terima daripada pihak urusetia, setiap wakil universiti yang terlibat akan membuat cabutan undi terlebih dahulu pada hari pertama festival bagi menentukan giliran persembahan di malam pertandingan yang dijadualkan berlangsung pada malam 15 Mei 2015. Selesai sahaja proses cabutan undi, setiap kumpulan akan menjalani sesi latihan pentas mengikut waktu yang telah diaturkan oleh pihak penganjur.

festival nasyid makum

Dalam penganjuran kali ini, sebanyak 11 kategori anugerah termasuk 3 anugerah utama bakal menjadi rebutan para peserta dari seluruh negara. Berikut adalah senarai anugerah-anugerah yang dipertandingkan:-

  1. Anugerah Emas Festival Nasyid MAKUM 2015 (utama)
  2. Anugerah Perak Festival Nasyid MAKUM 2015 (utama)
  3. Anugerah Gangsa Festival Nasyid MAKUM 2015 (utama)
  4. Anugerah Khas Juri
  5. Anugerah Vokal (Solo) Terbaik
  6. Anugerah Vokal (Berkumpulan) Terbaik
  7. Anugerah Lagu Terbaik
  8. Anugerah Lirik Lagu Terbaik
  9. Anugerah Persembahan Terbaik
  10. Anugerah Busana & Tatarias Terbaik
  11. Anugerah Kumpulan Nasyid Harapan

Selain 3 anugerah utama, antara anugerah yang turut menjadi perhatian ramai ialah anugerah vokal (solo/berkumpulan) terbaik, anugerah persembahan terbaik, dan anugerah lirik/lagu terbaik.

Menurut wakil urusetia festival, Syahierah, 3 orang juri professional telah dilantik bagi mengadili setiap persembahan para peserta yang bakal berentap pada pertandingan kali ini. Mereka yang dipilih merupakan antara finalis Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 dan juga penulis prolifik terkenal tanahair.

Tambahnya lagi, majlis penutup dan penyampaian hadiah pada malam berikutnya akan diserikan dengan persembahan artis jemputan, kumpulan Devotees.

Siapakah juri-juri hebat ini?

Mampukah kumpulan nasyid dari Universiti Putra Malaysia mempertahankan kejuaraan mereka?

Semuanya akan terjawab pada malam Festival Nasyid MAKUM 2015 nanti.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Festival Nasyid MAKUM 2015 pada 15 & 16 Mei jam 8 malam.

Festival Nasyid MAKUM 2013

-Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response