3 comments

Gabungan Muhibbain, Altimet, Andy Flop Poppy & Dan Loka Beri Sinar Harapan Baru

by on May 9, 2015
 

Selepas penerbitan album #LoveCintaMahabbah pada tahun lalu, Muhibbain kini dilihat semakin rancak mengatur langkah di dalam karier seni. Mereka bukan sahaja sibuk memenuhi undangan persembahan pentas, Muhibbain kini turut aktif menyertai projek-projek amal dan kebajikan menerusi program yang dianjurkan oleh pelbagai organisasi serta komuniti.

Dalam perkembangan terbaru, The Muhibbain baru sahaja melancarkan sebuah single berjudul Jangan Bimbang, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Adeep Nahar dan Altimet. Selain Muhibbain, lagu yang diterbitkan oleh Kengkawanproject ini turut membariskan artis ternama terdiri daripada Dan Loka, Altimet dan Andy Flop Poppy.

Menurut Erwan, proses rakaman single Jangan Bimbang di studio Rafikoncept mengambil masa selama kira-kira 2 bulan untuk disiapkan. Tambahnya lagi, setiap hasil jualan lagu tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan yang bakal dijalankan oleh Kengkawanproject.

Mengulas mengenai mesej yang ingin diketengahkan di dalam single ini, Erwan menjelaskan, setiap ayat yang disusun oleh Adeep di dalam lirik Jangan Bimbang merupakan satu bentuk suntikan motivasi dan harapan kepada masyarakat khususnya di Malaysia agar tidak berputus asa. Penulisan lirik rap yang disumbangkan oleh Altimet nyata menyerlahkan lagi intipati yang ingin disampaikan dalam single tersebut.

“Dengan segala bencana, tragedi kemalangan, sosioekonomi dan keadaan politik semasa yang seakan-akan menekan, masyarakat harus diingatkan agar tidak berputus asa dengan rahmat Allah.”

The Muhibbain Kembali ke Studio

Semasa dihubungi baru-baru ini, Erwan sempat berkongsi beberapa perkembangan terkini album baru The Muhibbain bersama Munsyeed untuk tatapan para peminat.

“Insya Allah, untuk album ketiga kita sasarkan sekitar 5-7 track lagu baru

Ujarnya lagi, lagu-lagu yang bakal dimuatkan di dalam album akan mengetengahkan elemen selawat sebagai korus di dalam setiap track. Sama seperti album terdahulu, beberapa pengisian tazkirah daripada pendakwah terkenal turut akan diselitkan sebagai santapan rohani.

Jadi kepada para peminat The Muhibbain, jangan lupa untuk dapatkan dahulu single Jangan Bimbang di iTunes sementara menunggu kehadiran buah tangan terbaru daripada mereka. Semoga setiap sumbangan yang anda hulurkan mampu memberikan sinar harapan buat insan-insan yang memerlukan.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 
  • Desnamaru
    May 9, 2015 at 5:51 pm

    Good effort! Kudos to all nasyid artist and other pop singers for promoting positive message thru your work.

    Reply

  • kopiCrew
    May 9, 2015 at 5:57 pm

    macam biasa altimet rap deep. veeeeery deep. tahniah. dah beli dan puas hati. Lots of love from japan.

    Reply

  • HH clan
    May 9, 2015 at 6:09 pm

    Never thought malaysian artist could produce something as beautiful as this. Great lyrics. Beautiful melody. Spot on rap. Congrats!

    Reply

Leave a Response