5 comments

Inteam Records Bawa “Kun Anta” Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

by on May 14, 2015
 

Bukan mudah bagi sesuatu album untuk tersenarai di dalam 10 teratas carta muzik terkemuka seperti carta Billboard di awal kemunculannya di pasaran. Apatah lagi apabila carta tersebut hanya menyandarkan jumlah jualan sebagai kayu pengukur bagi menentukan kedudukannya di dalam carta.

Walau bagaimanapun, ianya tidak lagi mustahil bagi Humood Alkhudher, pemuda yang berasal dari Kuwait ini apabila berjaya meletakkan album pertama beliau di bawah label Awakening Records, Aseer Ahsan (I Can Be Better), di dalam senarai 10 teratas carta Billboard di awal kemunculannya di pasaran global pada bulan Januari yang lalu.

Selepas berjaya memenangi hati ramai peminat di luar negara, akhirnya album Aseer Ahsan mula mendapat perhatian di kalangan peminat di Malaysia apabila lagu Kun Anta yang dinyanyikan oleh sebilangan peminat menjadi viral di laman media sosial kebelakangan ini. Fenomena ini berterusan apabila video-video cover yang dimuat-naik di laman YouTube Malaysia kekal pada kedudukan 10 teratas carta trending selama beberapa minggu sehingga hari ini. Selain itu album terbaru Humood Alkhudher juga berjaya menduduki tangga teratas di carta iTunes Malaysia dan carta Malaysia Viral 50 di platform digital Spotify.

Baca 2 Lagu Humood Alkhudher dinobat sebagai Lagu Nasyid Antarabangsa Terbaik Pilihan Editor 2013

Kun anta

Carta Billboard dan Spotify

Walaupun album ini masih belum memasuki pasaran fizikal di Malaysia, permintaan terhadap album tersebut dikalangan peminat lagu-lagu nasyid tempatan adalah amat tinggi. Bagi memenuhi permintaan ini, Inteam Records selaku pengedar tunggal produk keluaran Awakening Records, akan membawakan album Humood Alkhudher ini secara eksklusif untuk peminat di Malaysia. Berbeza dari versi antarabangsa, album ini akan mengetengahkan lagu Kun Anta sebagai judul album khusus untuk pasaran Malaysia. Mungkinkah akan ada kelainan yang dibawakan oleh Humood Alkhudher dalam album versi Malaysia ini nanti? Sama-sama kita nantikan khabar beritanya. 

Melihat perkembangan yang positif ini, Humood sempat meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada para peminat di Malaysia atas penghargaan dan sokongan yang diberikan pada karya yang dipersembahkan.

“Terima kasih Malaysia! Saya gembira melihat muzik saya mampu pergi jauh merentasi sempadan budaya dan bahasa. Semoga Allah merahmati anda semua”

Album Kun Anta dijangka akan berada dipasaran tempatan sekitar Ramadhan tidak lama lagi.

p/s: khabarnya IRSB juga sedang berusaha untuk membawa Humood Alkhudher bertemu peminat di Malaysia sebelum Ramadhan.

KEMASKINI: Humood Al-Khudher akan berada di KualaLumpur dalam rangka promosi album “Kun Anta” pada 8-14 Jun 2015. 

-Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response