2 comments

One Moment For Them Bawa Selebriti Selami Kehidupan Pelarian.

by on June 10, 2015
 

Gabungan kumpulan sukarelawan Fatiha Shuib and Friends dengan kerjasama Ikram for Syria Jordaakan menganjurkan konsert amal One Moment For Them yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos 2015. Konsert yang bakal diadakan di Dewan Khindi, Universiti Yarmouk, akan menyaksikan penampilan Mu’adz Dzulkefly, Aizat Amdan, Mizz Nina, Noh Salleh dan Faizal Tahir bergandingan membantu para sukarelawan mengutip dana bagi memenuhi keperluan pelarian dari Syria dan Palestin di Jordan.

Selain beraksi di pentas konsert, 5 selebriti ternama tanah air ini akan menyertai aktiviti sukarelawan yang telah diatur sepanjang keberadaan mereka di sana bermula dari 27 Julai sehingga 3 Ogos 2015.

Menurut pengasas Fatiha Shuib and Friends, Nur Fatiha Shuib, kesemua artis yang dibawa dari Malaysia ini akan turut berpeluang mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti sukarelawan yang dijalankan selain memberikan sokongan moral kepada para pelarian di Jordan. Hasil kutipan dana yang diperolehi akan digunakan bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak pelarian di sana dan membeli barangan keperluan sebagai persediaan untuk menghadapi musim sejuk tidak lama lagi.

Mengulas mengenai projek sukarelawan yang dianjurkan ini, munsyeed dan selebriti TV Al Hijrah, Muadz Dzulkefly tampil melahirkan rasa kagum di atas pencapaian serta kesungguhan yang ditonjolkan oleh para aktivis terdiri dari kalangan warga mahasiswa Malaysia di Jordan.

Tambah Mu’adz lagi, beliau yang kerap terlibat dalam aktiviti bantuan kemanusiaan dalam dan luar negara masih belum pernah memasuki sebarang kem pelarian.

“Walaupun saya pernah travel dengan TV Al Hijrah buat dokumentari, ini kali pertama saya diberi peluang untuk membantu secara terus di kem pelarian.”

“Bila kita membantu orang lain sebenarnya kita sendiri sedang dibantu oleh Allah swt.”, jelas  Mu’adz Dzulkefly.

Sekiranya anda ingin turut serta membantu meringankan beban rakyat Syria dan Palestin di kem pelarian Jordan, anda boleh berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan ke akaun bank Fatiha shuib and friends – 8602258019 (CIMB).

 

Layari laman Facebook Fatiha Shuib and Friends untuk mendapatkan maklumat terkini projek amal yang dijalankan.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 
  • Halimahtun
    June 10, 2015 at 8:45 pm

    Ini group of students yang bina sekolah dekat jordan tu ker?

    Reply

  • ANNUAR
    March 13, 2016 at 9:55 am

    ASSALLAMUALAIKUM

    TO,
    FATIHAH SHUIB …SY NAK TANYA BAGAIMANA UNTUK SAYA ,TURUT SERTA BESAMA TEAM INI …MISI BANTUAN YANG GIAT DIJALANKAN KETIKA INI..SAYA AMAT BERMINAT..

    Reply

Leave a Response