0 comments

Opick Pilih Hafiz Hamidun, Lancar Album Baru “Salam Rindu Ya Musthofa”

by on June 4, 2015
 

Seperti tahun sebelumnya, maestro nasyid terkenal Indonesia, Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih dikenali dengan nama Opick tidak pernah gagal untuk hadir bersama buah tangan terbaru setiap tahun buat para peminat semenjak diawal kemunculan beliau bersama album berkonsepkan pop religi. Ingin meneruskan legasi kejayaan yang ditempa saban tahun, Opick dijangka akan melancarkan sebuah lagi album baru berjudul “Salam Rindu Ya Musthofa” sempena Ramadhan tahun ini yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Istimewanya untuk album kali ini, Opick menampilkan artis nasyid popular Malaysia, Hafiz Hamidun, sebagai artis undangan di dalam lagu Ya Rasulallah di samping 8 buah lagu lain yang mengandungi mesej kecintaan kepada baginda Rasulullah (s.a.w.). Album yang sudah mula dilancarkan hari ini di Indonesia menerusi rangkaian kedai Alfamidi bakal memasuki pasaran Malaysia, Brunei dan Singapura tidak lama lagi hasil usahasama yang terjalin antara Opick dan Arteffects International.

Salam Rindu Ya Musthofa

Dalam rangka mempromosikan album ini, Opick dan Hafiz Hamidun akan bersama para peminat di dalam sebuah konsert pra-Ramadhan yang akan berlangsung Sabtu ini 6 Jun 2015 anjuran stesen MNCTV Indonesia bersempena dengan kedatangan Ramadhan beberapa hari sahaja lagi. Turut bergabung di dalam konsert yang sama ialah Melly Goeslaw dan ramai lagi.

Opick dijadualkan akan hadir ke Malaysia sekitar pertengahan bulan Jun 2015 bagi tujuan mempromosikan album baru ini. Ini bermakna para peminat karya-karya epik maestro ini tidak perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan album terbaru Opick edaran Arteffects International.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response