0 comments

Nowseeheart Lancar Klip Video Baru Fatwa Hati

by on July 27, 2015
 

Sebagai sebuah nama besar di dalam industri nasyid tanah air, Nowseeheart sering dikaitkan dengan keunikan dan pembaharuan yang mereka bawakan di dalam setiap karya mereka. Bermula dari kemunculan Wahyu Pertama sehingga Katakan, setiap satunya mewakili fasa perubahan dan evolusi yang berlaku di dalam Nowseeheart. Ini meletakkan mereka seiring dengan kumpulan-kumpulan nasyid perintis sebagai peneraju era muzik nasyid yang lebih terbuka.

Selepas melancarkan klip video Katakan pada bulan Mac yang lalu, hari ini Nowseeheart tampil dengan video terbaru mereka berjudul Fatwa Hati. Berbeza dari versi terdahulu, kali ini klip video Fatwa Hati menampilkan penyanyi terkenal Jay Jay sebagai teman duet bersama Nowseeheart.

album baru2

Fatwa Hati adalah sebuah karya yang dihasilkan oleh Azahari dan Idzhar (NSH) sebagai adaptasi dari sepotong hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ad- Darimi. Isi utama serta intipati hadis tersebut yang berkisar tentang peri pentingnya fitrah naluri hati manusia dalam melaksanakan sesuatu perkara telah disampaikan menerusi lakonan setiap watak yang cukup berkesan di dalam klip video ini.

Menurut wakil Inteam Records, Muhammad Hasif, kesibukan jadual kerja Jay Jay di Singapura menjadi cabaran yang sangat besar bagi mereka untuk menyiapkan klip video Fatwa Hati. Walau bagaimanapun beliau tetap melahirkan rasa syukur apabila klip video ini berjaya diterbitkan.

Lagu Fatwa Hati memperlihatkan gandingan mantap pemuzik-pemuzik berkaliber antaranya Firdaus Mahmud, Nan Alias, Eddie Marzuki, dan pemain ‘strings’, Mayya Musaeva, Yip Siew Keen, Angela Lou dan Nasran Nawi. Manakala ‘Mixing’ pula oleh jurutera bunyi terkenal Greg Henderson dan ‘mastering’ oleh CL Toh.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response