0 comments

Malik Tampil Solo Dalam Conscious Reboot

by on September 30, 2015
 

Selepas Naeem dari kumpulan Native Deen hadir dengan projek album debut solo beliau berjudul I Love When You Use Your Words pada tahun lalu, kini seorang lagi ahli kumpulan Native Deen, Abdul Malik Ahmad mula mengorak langkah untuk tampil secara solo menerusi sebuah album yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. Album solo Malik yang diberi nama Conscious Reboot mengandungi 11 buah trek lagu baru termasuk sebuah single yang telah dilancarkan pada pertengahan bulan Julai yang lalu.

Antara tajuk lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah Speak Good Or Keep Silent, To Heaven, I Don’t Drink, Modesty, Toxic, Times Are Rough dan Farewell To The World. Istimewanya di dalam album Conscious Reboot, Abdul Malik turut menyampaikan beberapa buah lagu dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu. Perkara ini pastinya sesuatu yang sangat dinantikan oleh para peminat Native Deen di Indonesia dan Malaysia.

Conscious Reboot

Album Baru Diberi Percuma?

Awal minggu ini Native Deen menerusi laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan bahawa album baru terbitan Native Deen ini akan diberikan kepada para peminat secara PERCUMA. Walau bagaimanapun, penawaran ini hanya akan dibuka dalam masa yang terhad dan akan dilaksanakan selepas jumlah perkongsian kemaskini status ini melebihi 500. Pengumuman ini telah menarik perhatian ramai pihak termasuk penyanyi nasyid popular Zain Bhikha yang turut teruja dengan kemunculan album solo Abdul Malik.

Sementara menantikan pengumuman tarikh kemunculan album ini di pasaran, jom sama-sama kita hayati salah sebuah lagu yang turut dimuatkan di dalam album Conscious Reboot. Lagu yang bertajuk Build The World Together merupakan sebuah karya yang didedikasikan khusus kepada mereka yang pernah menjadi mangsa diskriminasi bangsa dan agama seperti yang telah berlaku ke atas Ahmed Mohamed baru-baru ini.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response