2 comments

Rumah Vokalis The Muhibbain Terbakar

by on September 7, 2015
 

Sebuah kebakaran telah berlaku di rumah salah seorang vokalis dan juga anggota kumpulan nasyid duo popular The Muhibbain pada awal pagi tadi. Kebakaran yang berlaku di sebuah kediaman milik ahli kumpulan The Muhibbain, Erwan Taib yang terletak di Cheras telah mengakibatkan kemusnahan yang teruk pada bahagian dapur rumah tersebut.

Menurut Erwan, kebakaran yang berlaku sekitar jam 10:50 pagi tadi dikatakan berpunca dari tong gas masak.

“Ana cuba untuk padam tapi api terlalu cepat marak”, jelas Erwan kepada Munsyeed.

Keadaan api yang begitu cepat marak telah mengakibatkan keseluruhan bahagian dapur rumah terbabit hancur dan hangus dijilat api.

Tindakan pantas pasukan bomba ke tempat kejadian telah berjaya mengawal kemaraan api dari mengakibatkan kemusnahan yang lebih kritikal.

Walau bagaimana pun Erwan tetap memanjatkan rasa syukur apabila tiada sebarang kecederaan menimpa ahli keluarga berikutan kejadian ini.

“Alhamdulillah, semua ahli keluarga selamat. Buat masa sekarang mereka akan menetap di rumah mertua untuk sementara waktu.”

Rumah vokalis The Muhibbain terbakar

Beberapa bahagian rumah yang terjejas akibat kebakaran.

Sehubungan dengan kejadian ini, sebuah badan kebajikan yang aktif memberikan khidmat kemasyarakatan tampil kehadapan untuk membantu. Badan bukan kerajaan yang dinamakan sebagai Kengkawanproject ini telah melancarkan sebuah tabung bantuan kecemasan khusus bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Erwan sekeluarga. Sumbangan berbentuk wang boleh disalurkan kepada mereka melalui akaun bank berikut:-

  • CIMB: 12480071036528 (Abdul Mutalib Nahar)
  • Maybank: 114254022009 (Faizal Mahmood)

Tabung sumbangan bantuan kecemasan ini dibuka hari ini sehingga hari Rabu, 9 September 2015 pada jam 11:59 malam.

Kami di Munsyeed.com berdoa agar Erwan sekeluarga dapat mengharungi ujian ini dengan tabah dan redha di atas segala ketentuanNya.

-Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response