2 comments

Hafiz Hamidun & Raihan Dinobat Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

by on October 2, 2015
 

Hafiz Hamidun dan kumpulan nasyid Raihan hari ini telah dinobatkan sebagai antara muslim paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpengkalan di Amman, Jordan. Hafiz dan juga Raihan telah diberikan pengiktirafan ini menerusi kategori Kesenian dan Kebudayaan di dalam keluaran terbaru The Muslim 500; The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2016.

Ketika dihubungi oleh pihak Munsyeed awal pagi tadi, Hafiz Hamidun nyata terkejut dengan pengiktirafan yang telah diberikan. Akan tetapi beliau turut melahirkan rasa syukur di atas pengiktirafan tersebut.

“Alhamdulillah. Actually mungkin (pengikitrafan itu) dari pelbagai sudut”.

Tambah Hafiz lagi, beliau melihat kejayaan serta pengiktirafan yang diberikan ini sebagai motivasi pembakar semangat untuk lebih berkerja keras di masa hadapan dan berazam untuk terus memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Baca 7 Artis Cetus Fenomena Luarbiasa Di Malaysia

 

raihan3

Klik gambar untuk baca 7 Fakta Menarik Raihan

 

Selain Hafiz, artis nasyid Malaysia yang turut menerima pengiktirafan yang sama ialah kumpulan nasyid Raihan. Berdasarkan rekod kami, ini bukanlah kali pertama Raihan dipilih tersenarai di dalam The Muslim 500 melalui kategori Kesenian & Kebudayaan. Berbeza dengan Hafiz yang baru dinobatkan di dalam kategori yang sama untuk edisi 2016, Raihan telah menerima penghormatan ini sejak dari awal penerbitannya pada tahun 2009.

Selain Hafiz dan juga Raihan, turut disenaraikan di dalam kategori ini ialah beberapa selebriti dan penyanyi terkemuka di peringkat antarabangsa antaranya ialah Sami Yusuf, Maher Zain, Zain Bhikha, Zayn Malik, Yusuf Islam, Dawud Wharnsby, Dato’ Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

Muat turun The Muslim 500; The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2016.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response