2 comments

Inteam Pelawa Peminat Ke Majlis Pelancaran Surat Cinta

by on October 31, 2015
 

November ini, kumpulan nasyid Inteam secara rasminya akan melancarkan sebuah single terbaru berjudul Surat Cinta pada sebuah majlis pelancaran yang dijadualkan akan berlangsung di Menara Kuala Lumpur bulan ini. Single baru ini yang bakal menemui peminat di pasaran tidak lama lagi merupakan sebuah lagu yang diterbitkan bersempena sambutan ulang tahun Inteam Records yang ke sepuluh baru-baru ini.

Berbeza dengan majlis pelancaran yang pernah diadakan sebelumnya, kali ini pihak Inteam Records ingin meraikan pelancaran single hits Surat Cinta bersama para peminat Inteam yang selama ini telah menyokong kerjaya seni dan perjuangan dakwah mereka di medan hiburan tanah air.

Untuk turut sama menyertai majlis pelancaran tersebut, apa yang anda perlu lakukan hanyalah memuat naik video rakaman cover lagu Surat Cinta paling kreatif di Instagram selama 15 saat berserta hashtag #suratcinta. Pertandingan cover Surat Cinta terbuka kepada semua pihak tidak kira samada anda seorang muslim ataupun non-muslim, warganegara Malaysia atau pun tidak. Para peminat boleh menyertai peraduan ini mulai 2 November 2015 sehingga 5 November 2015. Seramai 5 orang pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah LIKE yang diperolehi pada video penyertaan. Setiap peserta yang telah berjaya akan dihubungi oleh pihak penganjur.

Di samping pelancaran single terbaru, pihak Inteam Records juga dijangka akan membuat beberapa pengumuman penting serta kejutan di majlis pelancaran tersebut. Apakah kejutan yang akan mereka umumkan? Sama-sama kita nantikan. Apa yang pasti, 5 orang pemenang pertandingan video cover Surat Cinta di Instagram akan menjadi antara orang yang terawal untuk mengetahui perkara ini.

Sekiranya anda masih belum memiliki akaun Instagram, mungkin pertandingan ini alasan yang tepat untuk anda mendaftar dan mula menggunakannya.

Dengar dan dapatkan Surat Cinta di sini.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response