0 comments

Selepas 15 Tahun Bersama, Akhirnya Fadzli Berundur Dari Far East

by on November 11, 2015
 

Setelah 15 tahun menganggotai kumpulan nasyid Far East, akhirnya salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut, Ahmad Fadzli Bakar atau lebih dikenali dengan nama Fadzli hari ini telah mengumumkan pengunduran beliau dari kumpulan nasyid itu menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya. Ternyata pengumuman ini yang hadir secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak terutamanya para peminat yang setia mengikuti perkembangan kumpulan nasyid yang popular dengan lagu ‘Saat Lafaz Sakinah’ itu.

Dalam pengumuman yang dibuat menerusi kemaskini status berkenaan, Fadzli menjelaskan bahawa pengunduran beliau dari kumpulan Far East adalah suatu keputusan yang amat berat untuk dilakukan. Walau bagaimanapun atas faktor kesihatan serta urusan perniagaannya yang semakin berkembang, beliau terpaksa mengambil keputusan untuk berundur dari sebarang kegiatan seni bersama kumpulan Far East.

“Memang berat nak tinggalkan sahabat-sahabat Far East yang bagi saya ukhuwah kami dah mcm adik-beradik pun. Awalnya semua sangat tidak bersetuju dengan pengunduran ini tapi adik-adik saya sangat menghormati keputusan saya.” – Fadzli

Fadzli umum keputusan berundur dari Far East di Facebook.

Fadzli umum keputusan berundur dari Far East di Facebook.

Munsyeed sempat menghubungi Ustaz Nabil Ahmad yang juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Far East untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai pengunduran Fadzli dari kumpulan tersebut.

Menurut Ustaz Nabil, Fadzli ada membincangkan perkara tersebut bersama mereka baru-baru ini tetapi menganggap ianya hanya sebagai satu bentuk gurauan.

“Dia ada maklumkan kepada kami. Cuma kami ingat ia hanya gurauan. Dari semalam kami berbincang tentang hal ini.”

“Buat masa sekarang kami berikan ruang kepada Fadzli untuk menyendiri dahulu”, jelas Ustaz Nabil kepada Munsyeed.

Single terbaru Far East untuk tahun ini berjudul Gugur Di Setiamu

Bercerita mengenai masa depan Far East selepas pengunduran Fadzli, Ustaz Nabil menjelaskan bahawa aktiviti seni Far East akan tetap berjalan seperti biasa.

Oktober lalu Fadzli telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami serangan mild stroke Bell’s Parsy.

Kepada para peminat, ayuh bersama kita doakan yang baik-baik sahaja untuk masa depan Fadzli dan juga semua anggota kumpulan Far East yang lain. Sambil tu jom hayati single terbaru mereka berjudul ‘Gugur di Setiamu’.

p/s: Sebelum ini Fadzli Aziz keluar dari UNIC. Hari ini insan bernama Fadzli juga ingin berundur dari Far East. Fadzli dari kumpulan mana pula yang akan berundur selepas ini?

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response