0 comments

Suhaimi Saad Tegur Kebiadaban Pemilik Produk ‘Kesihatan’

by on November 24, 2015
 

Sebenarnya tidak ramai dikalangan artis nasyid yang suka membuat teguran secara terbuka di laman sosial. Ada di kalangan mereka yang lebih gemar membuat teguran menerusi aplikasi WhatsApp ataupun secara terus kepada pihak yang berkaitan dengan alasan untuk mengelakkan publisiti yang tidak wajar diterima oleh pihak yang ditegur itu. Bagi kami di Munsyeed, jika ianya melibatkan kemaslahatan umum, tidaklah ia dikira sebagai satu kesalahan andai teguran tersebut berasas dan masih sejajar dengan lunas syarak.

Isu berkaitan produk ‘ubat kuat’ dan ‘minyak urut’ yang dipromosikan secara terbuka bukan sesuatu yang baru. Bahkan ia telah mencapai tahap keterlaluan seperti yang diperkatakan oleh Suhaimi Saad, bekas anggota kumpulan nasyid Inteam. Lebih parah lagi apabila ia turut memberi kesan terhadap anak-anak di bawah umur!!! Ikuti teguran beliau di bawah.

Teguran terbuka kepada pemilik minyak ‘URUT’ atau agen ubat KUAT.

Saya tidak ada apa-apa kepentingan di atas penulisan saya ini. Satu saja kebimbangan saya. Bimbang visual dan bentuk imej yang dipromosikan itu akan jadi asbab kepada kerosakan ummat.

Tanpa kita sedar, keghairahan kita mempromosikan imej-imej yang keterlaluan itu akan membuatkan kita terlepas pandang bahawa ia mampu menjadi penyumbang kepada gejala sosial, maksiat dan kerosakan akhlak remaja khususnya anak-anak orang islam.

Bukanlah tidak boleh berniaga atau buat iklan..tapi harus diingat, perlu ada batas dalam bervisual dan menulis. Sebab di facebook ni kita bukan ada suami dan isteri saja. Tapi ada ustaz, ustazah, ulamak, janda, duda, remaja di bawah umur dan anak-anak di peringkat rendah juga.

Adakah anda mahu lihat anak-anak anda yang masih di sekolah menengah, membeli pil-pil KUAT dan minyak URUT?

Kalau dah hari-hari tengok gambar dan imej yang over dan tak sesuai, bukan kata remaja, pak haji pun boleh cair. Boleh terbang kopiahnya..

Jadi berhati-hati dan berpada-padalah. Kita sebagai muslim, tidak mati seperti ayam, lembu dan itik. Bahkan mereka juga akan diadili oleh Allah di akhirat kelak.

Boleh berniaga, cuma janganlah sampai kita untung gila di dunia, tetapi menyesal di akhirat kerana perniagaan kita yang tidak menepati garis panduan agama.

Saya tidak menulis kepada mana-mana produk, saya hanya memberi teguran dan peringatan secara umum saja. Nak berniaga, banyak lagi produk lain bro..fikir fikirkan.

wAllahu a’lam

Semoga teguran daripada Suhaimi ini dapat dipertimbangkan dan difikirkan oleh semua pengeluar produk kesihatan. Dalam keghairahan mempromosikan produk yang bermanfaat, tanpa disedari sebenarnya pihak-pihak ini telah melanggar hukum dan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah ta’ala. Bagaimana pula status rezeki yang diperolehi dengan kegiatan ini? Adakah ianya halal atau haram hukumnya? Jom berfikir sambil menghayati single terbaru suami Ina Naim ini yang berjudul ‘Maksud Hidup’.

sumber Facebook Suhaimi Saad

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response