1 comment

Jadual Penuh Harris J Promo Tour Di Malaysia

by on December 3, 2015
 

Semenjak dari hari pertama kami umumkan kehadiran penyanyi remaja ini ke Malaysia di laman Facebook rasmi Munsyeed, hampir setiap hari inbox di Munsyeed Corner dan juga WhatsApp dihujani pertanyaan mengenai kedatangan Harris J ke Malaysia. Kebanyakannya ramai peminat yang tidak sabar ingin mengetahui jadual aktiviti penuh beliau sepanjang keberadaannya di sini. Penyanyi kacak ini yang dikatakan persis Justin Bieber dijadualkan akan memulakan jelajah pertama beliau di Malaysia pada 4 Disember hingga 9 Disember 2015.

Tanpa membuang masa, berikut adalah jadual penuh Harris J Promo Tour Di Malaysia yang telah dikeluarkan oleh Inteam Records selaku pengurus eksklusif Harris J di Malaysia:-

Sabtu (5/12/2015)
8.00am – Assalamualaikum TV ALHIJRAH.

Ahad (6/12/2015)
8.00am – Nasi Lemak Kopi O TV9.
5.00pm – Meet & Greet di CAC, UIAM.
8.00pm – Citra Manifestation Concert di CAC, UIAM.

Isnin (7/12/2015)
5.00pm – LIVE di radio THR Gegar.
9.00pm – LIVE di radio HOTFM.

Selasa (8/12/2015)
9.00pm – Meletop di Astro Ria.

*Jadual tertakluk kepada perubahan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Selain pertanyaan mengenai jadual aktiviti Harris J, tidak kurang ramai juga di kalangan peminat beliau di sini yang bertanyakan soalan-soalan peribadi di mana kami sendiri merasakan tidak layak untuk menjawab bagi pihak Harris. Sekiranya berpeluang, kami akan cuba mendapatkan respon beliau terhadap persoalan-persoalan tersebut andai ianya relevan.

Kehadiran artis remaja di bawah naungan syarikat Awakening Records ini yang baru sahaja selesai menjalani siri jelajahnya yang pertama di Indonesia dijangka bakal memberikan impak yang signifikan berdasarkan respon yang dapat dilihat dari kalangan peminat beliau di Malaysia. Jika peminat Harris J di negara jiran berjaya menempatkan lagu hit ‘Salam Alaikum’ pada carta lagu paling hangat di iTunes Indonesia, mungkinkah kejayaan yang sama mampu diraih Harris J sepanjang jelajah promosi beliau di Malaysia?

Sama-sama kita nantikan.

Sementara menantikan ketibaan beliau yang dijangka pada pagi esok, jom dapatkan dahulu album debut Harris J dan penuhkan ruang media sosial anda dengan hashtag #HarrisJMsiaTour.

Dengar dan muat turun album Salam.

Dapatkan CD Salam di Inteam Mobile

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response