5 comments

Imam Muda Najdi Kongsi Kisah Cinta Bersama Isteri Kepada Peminat

by on January 30, 2016
 

Setiap penyatuan di antara dua hati pasti ada kisah origin nya yang tersendiri. Sepertimana insan lain, Imam Muda Najdi atau nama sebenarnya Wan Najdi Bin Wan Mohd Noh dan pasangan beliau, Dr Norazreen Binti Rahim, juga memiliki kisah detik pertama pertemuan mereka yang agak unik.

Kisah mereka sempat dikongsikan oleh pasangan ini beberapa jam sebelum majlis akad nikah dilangsungkan semalam menerusi sebuah video pra-perkahwinan yang sangat menarik terbitan Oh Cinta Weddings.

Apa yang menarik perhatian kami, pertemuan pertama pasangan ini berlaku dalam satu program ceramah di mana kedua mereka telah dijemput sebagai ahli panel. Dalam program tersebut, masing-masing kurang berjaya memberikan first impression yang positif terhadap satu sama lain. Walau bagaimanapun, tanggapan awal tersebut tidak menghalang jodoh mereka untuk bertemu dalam sebuah ikatan yang halal. Kalau nak tahu keseluruhan ceritanya kenalah tonton video di bawah ini.

Baca IM Najdi Bercerita Tentang UKM, Priakustik dan Album Baru

Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khoir!

Kami di Munsyeed mendoakan semoga bahtera perkahwinan yang dibina oleh Imam Muda Najdi dan pasangan akan kekal bahagia hingga ke Syurga. Bak kata KRU dalam single terbaharu mereka, “Hingga ke Jannah, bahagia bersama..” :)

Berikut beberapa foto sekitar majlis akad nikah yang dikongsikan oleh Imam Muda Najdi buat tatapan para peminat beliau.

im najdi

dr nurazreen

IM Najdi & Dr Norazreen

IM Najdi & Dr Norazreen 7

IM Najdi & Dr Norazreen 6

IM Najdi & Dr Norazreen 5

IM Najdi & Dr Norazreen 4

IM Najdi & Dr Norazreen 3

IM Najdi & Dr Norazreen 2

IM Najdi & Dr Norazreen

Imam Muda Najdi dan pasangannya Dr Norazreen dijadualkan bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada hari ini di Kajang, Selangor.

p/s: Tahniah juga kepada vlogger terkenal Matluthfi dan Naquiah di atas pernikahan yang berlangsung semalam. Macam dah pakat pula depa ni nak menikah sama tarikh.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response