2 comments

Awakening Records Lancar Aplikasi Radio Atas Talian

by on March 22, 2016
 

Awakening Records merupakan sebuah syarikat rakaman antarabangsa yang telah melahirkan artis-artis nasyid terkenal yang berjaya diperingkat global. Antara nama-nama besar yang bernaung di bawah syarikat ini ialah Maher Zain, Harris J, Raef, Hamza Namira dan yang terbaru ialah penyanyi terkenal dari Kuwait, Humood Alkhudher yang popular dengan gelombang Kun Anta di seluruh dunia.

Selepas menerbitkan aplikasi khusus buat peminat Harris J, Awakening Records hari ini telah mengumumkan sebuah lagi aplikasi yang dinamakan sebagai Awakening Radio.

Awakening Radio

Aplikasi radio atas talian daripada Awakening Records.

Awakening Radio merupakan sebuah aplikasi radio atas talian yang menyajikan siaran tanpa henti seleksi lagu-lagu nasyid secara percuma daripada artis yang bernaung di bawah label Awakening Records. Melaluinya, pengguna juga akan turut sama dihidangkan dengan beberapa temubual eksklusif serta siaran konsert live yang melibatkan artis Awakening.

Selain beberapa kandungan asas seperti lagu, klip video rasmi, carta dan info terkini, pengguna juga diberi ruang untuk berinteraksi bersama pengguna lain melalui fungsi “Radio Community”. Walau bagaimana pun akses penuh kepada fungsi ini hanya terhad kepada pengguna berdaftar sahaja.

fungsi radio

Beberapa fungsi lain dalam aplikasi Awakening Radio.

Sedang mencuba fungsi yang terdapat pada aplikasi Awakening Radio.

Sedang mencuba fungsi yang terdapat pada aplikasi Awakening Radio.

Awakening Radio ditawarkan secara percuma menerusi App Store bagi pengguna iOS dan juga di Google Play Store untuk pengguna Android. Sekiranya anda meminati artis-artis naungan Awakening Records, Awakening Radio adalah aplikasi yang wajib anda miliki.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response