0 comments

Sintesa Tunai Permintaan Peminat Harris J Di Laman Sosial

by on March 16, 2016
 

Lagu nasyid di mash-up kan?

Bunyinya mungkin sedikit janggal memandangkan konsep seperti ini jarang diketengahkan dalam nasyid. Akan tetapi ianya bukan sesuatu yang baru. Mungkin kerana proses penghasilan (mash-up yang berkualiti) yang agak rumit serta beberapa implikasi lain menjadikan konsep seperti ini sedikit terasing dan tidak menjadi pilihan utama para penggiat di dalam industri nasyid.

Walau pun realitinya sebegitu, gandingan 7 orang anak muda yang menggelar diri mereka sebagai Sintesa Vocal Play tetap yakin untuk hadir bersama sebuah karya mash-up yang menghimpunkan beberapa buah lagu nyanyian Harris J secara acapella.

Bagi kumpulan acapella Sintesa Vocal Play, persembahan mash-up yang ditampilkan di dalam video cover terkini mereka berjudul “Harris J Mash-up” adalah satu cabaran baru demi memenuhi permintaan yang pelbagai daripada para peminat mereka.

“Terlalu beragamnya lagu Harris J yang direquest oleh teman-teman penonton video Sintesa membuat Sintesa bingung menentukan lagu dari Harris J mana yang harus dicover. Oleh karena itu, salah seorang personil Sintesa, Bufe, mengusulkan untuk membuat mash-up dari beberapa lagu Harris J”, jelas wakil Sintesa dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Munsyeed.

Untuk menjayakan karya mash-up ini, 5 buah lagu dari album debut Harris J berjudul “Salam” telah dipilih dan disusun dengan kemas. Lagu-lagu tersebut ialah “Salam Alaikum”, “You Are My Life”, “The One”, “Good Life” dan “Rasool’ Allah”.

Berbeza dengan beberapa video cover yang terdahulu, kali ini Sintesa turut sama menampilkan unsur parodi di dalam klip video mereka! Sekiranya anda seorang JJ sejati, anda pasti akan dapat mengesan elemen parodi yang dipaparkan pada klip video di bawah ini.

Selain “Harris J Mash-Up”, Sintesa juga pernah menerbitkan beberapa buah video karya saduran yang lain seperti “Kun Anta“, berserta video disebalik tabir pembikinan klip video dan proses rakaman. Jika anda seorang kaki DIY dan peminat tegar acapella, video-video seperti ini adalah satu kemestian untuk ditonton.

Tahun lalu Sintesa baru sahaja menerbitkan album acapella penuh berjudul ‘7’ dan kini album tersebut boleh didapatkan di pelbagai platform digital seperti iTunes, Google Play Store dan platform penstriman audio terkemuka Spotify.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response