Setelah selesai menjalankan sesi ujibakat di 10 lokasi yang bertempat di institut pengajian tinggi terkemuka seluruh Malaysia pada awal tahun ini, program realiti tv Da’i bakal membuka tirainya bermula Ahad ini bagi musim yang ke-4.
Seramai 9 orang peserta lelaki dan 2 peserta wanita telah terpilih bagi menyertai Da’i musim ini. Mereka ialah Da’i Ahmed, Da’i Aini, Da’i Aishah, Da’i Azrin, Da’i Daeng, Da’i Hazman, Da’i Irfan, Da’i Nasrul, Da’i Niezal, Da’i Saiful dan Da’i Syed.
Program yang kini dikenali dengan nama Da’i Pendakwah Nusantara bakal menyaksikan 11 pendakwah muda ini beraksi dalam menyampaikan dakwah di pentas dengan gaya dan kreativiti mereka yang tersendiri. Para peserta akan dinilai dan diberi markah secara individu oleh 2 orang juri tetap professional (70%), Murabbi (20%) dan juga juri awam (10%).
Sebagaimana musim yang terdahulu, program ini masih lagi mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid, manakala Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah masing-masing bakal menggalas tanggungjawab selaku Murabbi kepada para peserta sepanjang 12 episod rancangan ini bersiaran.
Jika musim lalu menyaksikan Ustaz Haryanto Rizal dan Ustaz Sharhan Shafie selaku juri tetap, Da’i musim ke-4 menampilkan 2 orang juri tetap professional yang baru iaitu Ustaz Dr. Izhar Ariff dan juga Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
Da’i Pendakwah Nusantara akan mula bersiaran secara langsung di TV3 pada 31 Julai 2016 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor bersama Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku pengacara bersama. Program ini akan bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9 malam.
sumber Galaksi Media dan Da’i TV3
– Munsyeed
APA KATA ANDA?
Facebook
Disqus
Munsyeed