0 comments

Artis Solo Dominasi Top 5 Kategori Lagu Nasyid Terbaik AIM 22

by on October 20, 2016
 

Tiada kumpulan nasyid tercalon dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik tahun ini. Itu yang dapat disimpulkan pada pemerhatian awal selepas senarai finalis AIM 22 diumumkan baru-baru ini.

Walaupun tidak tersenarai dalam kategori tersebut, AIM kali ini menyaksikan kumpulan nasyid sekali lagi mendominasi tangga 5 teratas bagi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu.

Dalam senarai top 5 yang dikeluarkan, artis nasyid solo Lah Ahmad mendahului munsyid lain dengan 3 pencalonan menerusi kategori Lagu Nasyid Terbaik (Maulaya), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Syukur) dan juga Lagu Hip-Hop Terbaik (Mengelamun feat Altimet). Selain Lah Ahmad, turut tersenarai sebagai finalis di dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik ialah Suhaimi Saad (Cinta Sidna), Daqmie (Tangis Sebatang Tamar), Caliph Buskers (Hanya NamaMu) dan juga Dato’ Siti Nurhaliza (Mikraj CInta). Manakala kumpulan UNIC, The Mikraj dan NOWSEEHEART masing-masing menerima satu pencalonan menerusi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu.

aim-22

Jika dilihat pada senarai 5 teratas yang telah diumumkan, ianya saling tidak tumpah seperti senarai finalis pada AIM ke-19 yang membariskan 4 lagu oleh artis solo (Mawi, Hafiz Hamidun, Nora, Izzat Mahadi) dan 1 lagu daripada artis berkumpulan (Voices of Ummi). Sekali pandang, mungkin ramai mula menjangka lagu Mikraj Cinta yang dinyanyikan Datuk Siti Nurhaliza bakal memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik pada AIM kali ini. Akan tetapi sifirnya tidak semudah itu kerana AIM bukan medan pertarungan populariti lagu mahupun artis. Ia adalah medan mempertandingkan kualiti sesebuah karya yang diukur pada pelbagai aspek oleh para juri profesional.

Selepas penganjurannya ditunda pada tahun lalu, Anugerah Industri Muzik Malaysia kini kembali untuk edisi yang ke 22. Malam anugerah berprestij ini akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur pada hari Ahad, 18 Disember 2016 dan disiarkan secara serentak di Saluran Astro RIA (104) dan Astro Ria HD (123) dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 malam. Majlis tersebut akan didahului acara ‘Karpet Glamor AIM 22’ yang menampilkan perjalanan artis dan selebriti yang menyusuri karpet merah dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam sejurus sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response