0 comments

Da’i Niezal Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke-4

by on October 10, 2016
 

Selepas bersiaran sebanyak 12 episod, program Da’i Pendakwah Nusantara melabuhkan tirainya dengan mengangkat Da’i Niezal sebagai juara bagi musim yang keempat.

Bersama kemenangan ini beliau membawa pulang hadiah berupa trofi, wang tunai sebanyak RM50,000.00, 2 pakej umrah dan juga barangan daripada Almas Beauty & Health.

Dua lagi peserta yang turut bertanding di pentas akhir iaitu Da’i Saiful dan Da’i Nasrul masing-masing membawa pulang hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM5,000.00, sebuah tablet dan juga barangan Almas Beauty & Health.

Pentas akhir Da’i musim keempat menyaksikan para finalis diuji dengan penyampaian tazkirah dalam segmen yang pertama dan kemudian diuji dengan 3 soalan daripada juri profesional dalam segmen yang kedua. Hanya dua peserta sahaja yang layak ke pusingan soalan spontan daripada penonton.

Turut membawa pulang hadiah ialah Da’i Syed yang telah dipilih sebagai penerima anugerah Da’i pilihan YouTube.

Pentas akhir Da’i Pendakwah Milenia telah berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku pengacara bersama.

This slideshow requires JavaScript.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response