0 comments

Dengar Kolaborasi Terbaru The Brothahood Bersama Hafiz Hamidun, Altimet & Syech Razie

by on October 25, 2016
 

Kumpulan hip-hop terkenal, The Brothahood, dari Australia baru sahaja mengeluarkan single terbaru berjudul “Cahaya di Atas Cahaya”. Sesuai dengan tajuknya, kumpulan hip-hop ini memilih untuk berkolaborasi bersama beberapa artis popular tanah air.

“Cahaya di Atas Cahaya” memperlihatkan gandingan vokal yang dinamik di antara The Brothahood, Hafiz Hamidun dan Altimet. Suntikan elemen muzik yang segar turut ditampilkan menerusi petikan oud oleh Syech Razie di dalam lagu. Tidak seperti karya-karya mereka yang terdahulu, single terbaru ini memiliki keunikannya yang tersendiri.

Jika sebelum ini artis luar negara seperti Maher Zain dan Humood Alkhudher pernah menyampaikan lagu di dalam bahasa melayu, kali ini peminat berpeluang menyaksikan artis antarabangsa rapping menggunakan bahasa melayu sepenuhnya di dalam lagu menerusi karya terbaru ini. Hasilnya mungkin tidak sehebat rapper melayu terkenal seperti Malique atau Altimet namun usaha mereka untuk mendekati para peminat di Nusantara menerusi medium ini harus dipuji.

Untuk rekod, ini bukan pertama kali kerjasama seperti ini dilakukan oleh The Brothahood bersama artis tempatan. Mereka pernah berkolaborasi dengan artis tanah air sekitar tahun 2014 di dalam album Onus On Us menerusi lagu O.N.E.

 

Kumpulan The Brothahood dijadualkan hadir ke Malaysia bagi mempromosikan single terbaru mereka pada bulan November 2016. Lagu mereka boleh didapati di pelbagai medium digital termasuk Spotify dan juga iTunes.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response