1 comment

Konsert 3 Kejora Bersatu Pukau Penonton di Istana Budaya

by on October 8, 2016
 

Malam pertama Konsert 3 Kejora Bersatu yang telah berlangsung di Istana Budaya memberikan pengalaman yang berbeza buat para peminat nasyid yang hadir malam tadi.

Tidak seperti persembahan-persembahan nasyid biasa, kumpulan nasyid Hijjaz, Brothers, Rabbani dan juga bekas vokalis kumpulan Raihan berjaya memukau para penonton di Istana Budaya dengan penyampaian bertenaga, penuh emosi dan perasaan.

Jom kita lihat beberapa foto yang dibekalkan oleh pihak Istana Budaya. Mungkin gambar-gambar di bawah mampu memberikan gambaran suasana konsert yang lebih tepat.

Konsert 3 Kejora Bersatu - COV

Rabbani 3 kejora

Konsert 3 Kejora Bersatu - Nazrey Ex-Raihan

Konsert 3 Kejora Bersatu - Afad Ex-Raihan

Rata-rata para penonton yang hadir malam tadi memberikan respon positif dan melahirkan rasa puas hati terhadap persembahan bertaraf antarabangsa yang diberikan oleh barisan artis nasyid tanah air.

Konsert 3 Kejora Bersatu

Konsert 3 Kejora bersatu - Brothers

Meskipun konsert ini diiringi detik-detik penuh emosi dan linangan air mata, para penonton yang hadir cukup sporting memberikan semangat kepada anggota kumpulan Brothers untuk meneruskan persembahan. Satu pengalaman yang luar biasa.

Konsert 3 Kejora Bersatu - Faiz Brothers

Konsert 3 Kejora Bersatu - Hijjaz

Concert #3kejora #istanabudaya @donan_mahas #rabbani #hijjaz #brothers #raihan #concert

A video posted by melorzamri (@melorzamri) on

Sekiranya terlepas peluang untuk hadir ke konsert ini, anda tidak perlu risau kerana Konsert 3 Kejora Bersatu masih lagi boleh disaksikan secara live pada malam ini untuk kali yang terakhir. Tiket berharga dari RM50 sehingga RM250 masih boleh didapati di Istana Budaya.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 
  • Puan shawl
    October 11, 2016 at 1:49 pm

    Tahniah kepada pencetus idea en. Hakime Faizal yg juga penerbit / penganjur yg menerajui Kay Event Management utk membawakan konsert Tiga Kejora Bersatu dengan pemilihan 3 kumpulan penasyid tanah air…syabas kerjasama Dari semua pihak yg terlibat mencatikkan lagi konsert INI.. Berjuta bintang saya rasa patut diberikan kepada pengarah muzikal meriam buluh , kekuatan Dan kepakarannya dlm mengubah semula dan telah didengari oleh pengunjung konsert 2 malam mmg mengagumkan….konsert nasyid yg luarbiasa…aminnn telah terlaksana…terima kasih buat istana budaya…..mmg besttt,

    Reply

Leave a Response