0 comments

Kenyataan Rasmi Munsyid Malaysia Berhubung Urusan Pengebumian Allahyarham Salleh Brothers

by on October 7, 2016
 

MUNSYID Malaysia merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua teman-teman yang hadir menziarahi sahabat kita Allahyarham Salleh Brothers lewat petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Alhamdulillah jenazah telah selamat dimandi dan dikafankan oleh ahli keluarga dan sebahagian sahabat munsyid yang hadir. Solat jenazah juga telah dilaksanakan selepas solat maghrib di Surau AdDeeniah PPUM dan jenazah terus dibawa ke kampung halaman keluarga allahyarham di Tanjong Karang, Selangor.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada YB Senator Dato Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang turut membantu melicinkan proses pengurusan jenazah di PPUM dan seterusnya urusan pengangkutan jenazah ke Tanjong Karang.

Jenazah kini telah berada di rumah keluarga allahyarham di Lot 178, Jalan Kemudi, Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang. Insya Allah jenazah Allahyarham akan disembahyangkan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sri Tiram pada pukul 9.00 pagi ini.

Bagi sahabat-sahabat yang ingin membuat sumbangan kepada keluarga Allahyarham, bolehlah terus menyumbang ke dalam akaun bank balu Allahyarham iaitu Cimb Bank:7601567424 atas nama Shalwiza Eza’an.

Akhir kata, marilah sama-sama kita menyedekahkan Al fatihah buat roh Allahyarham Salleh Brothers dan mendoakan agar beliau ditempatkan bersama roh para anbiya’ dan solihin.. Selamat berehat wahai sahabat.. perjuangan kita akan kami teruskan.. terima kasih atas sumbanganmu selama ini.. al fatihah..

Razin Mestica
Setiausaha Agung
MUNSYID Malaysia

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response