0 comments

PU Hilmi Terbitkan Rancangan Baru Dekati Golongan Muda

by on December 8, 2016
 

Selepas melancarkan single “Selamat Tinggal”, munsyid Azhar Hilmi yang kini lebih dikenali sebagai PU Hilmi terus mengorak langkah kehadapan di dalam dunia dakwah dengan menerbitkan sebuah rancangan berbentuk santai yang akan mula bersiaran tidak lama lagi.

Program sembang santai “CHAT2TEEN” yang dibawakan khas oleh MW Studio dan S4Team Universe akan menampilkan gandingan PU Hilmi dan juga PU Abu sebagai hos rancangan bagi membincangkan isu-isu semasa, trending dan viral dalam kalangan generasi muda hari ini. Bertepatan dengan audien sasaran rancangan ini, medan Facebook Live dipilih sebagai platform penyiaran CHAT2TEEN memandangkan medium tersebut memberikan ruang interaksi yang interaktif dan lebih sinonim dengan golongan sasar.

Selain penampilan PU Abu dan PU Hilmi selaku pengacara, program ini juga akan diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan yang akan membantu memberikan pencerahan dalam setiap topik dan isu-isu yang diketengahkan.

Hos CHAT2TEEN

Hos rancangan CHAT2TEEN

Rancangan CHAT2TEEN juga turut menyediakan hadiah-hadiah istimewa bagi mereka yang menjawab setiap soalan kuiz yang diberikan oleh hos bagi setiap kali program ini berlangsung selain menggalakkan audien untuk berinteraksi dan mengambil bahagian setiap kali program sedang berlangsung.

CHAT2TEEN akan bersiaran setiap minggu mulai 17 Disember 2016 pada jam 8.30 malam. Siaran langsung ini akan dapat disaksikan secara langsung menerusi Facebook Live di laman rasmi Facebook CHAT2TEEN.

Facebook CHAT2TEEN

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response