0 comments

Harris J Akui Tertekan, Ingin Berundur Dari Dunia Hiburan

by on March 29, 2017
 

Menjadi seorang Harris J tidak semudah yang ramai sangkakan. Populariti yang dikecapi pada usianya yang masih muda setelah memenangi pertandingan Awakening Talent Contest anjuran syarikat rakaman Awakening Records, sedikit sebanyak meletakkan beban yang berat di bahu penyanyi remaja ini yang kini dianggap sebagai ikon remaja muslim di kalangan para peminatnya.

Impak populariti penyanyi yang menerima jolokan “Muslim Justin Bieber” ini makin dirasai selepas album pertamanya berjudul “Salam” menerima sambutan hangat daripada kalangan peminat remaja. Walau bagaimanapun publisiti yang diperolehi tidak hanya mengundang populariti, sebaliknya turut menimbulkan banyak reaksi negatif daripada pengikutnya di laman media sosial terhadap segala tindak-tanduk artis kesayangan mereka itu.

Reaksi negatif ini tidak hanya terhenti di media sosial malah ia turut mengganggu kehidupan seharian Harris di dunia nyata.

Terbaru Harris mendedahkan beliau telah diserang oleh peminat di kediamannya ketika beliau baru sahaja pulang. Peminat yang merupakan seorang perempuan tidak dikenali itu dikatakan telah menyerang Harris dengan pelbagai dakwaan tanpa memberi ruang kepada Harris untuk berikan penjelasan.

“Dia langsung tak bagi saya peluang bercakap dan membela diri. Saya tak pernah menyangka apa yang saya lakukan selama ini mampu menyakiti seseorang sampai ke tahap begitu sekali,” luah Harris yang jelas kecewa dengan tindakan peminat tersebut.

Terkesan dengan kejadian itu, beliau yang tidak lagi mampu menangggung tekanan ini akhirnya bertindak mengumumkan pengundurannya dari dunia hiburan menerusi siaran langsung di Instagram pada minggu lalu. Keputusan ini jelas mengecewakan para peminat yang setia menyokong Harris selama ini.

Menerusi laman Twitter, Harris mengesahkan beliau akan tetap meneruskan siri jelajah UK bersama Penny Appeal, sebuah organisasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan di lebih 30 buah negara seluruh dunia. Penampilannya kali ini mungkin yang terakhir sebelum beliau mengundur diri secara rasmi.

“Saya sedar ada kontrak yang perlu dipenuhi. Saya tak peduli semua tu.

Sehingga kini pihak Awakening Records masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

“Cukuplah sampai di sini buat masa sekarang. Saya tak mahu teruskannya lagi.

Mungkinkah ini hanya satu publicity stunt? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response