0 comments

(Galeri Gambar) Hijjaz Perkukuh Kedudukan di Gema Gegar Vaganza Minggu Keempat

by on April 30, 2017
 

Seramai 8 peserta berentap di pentas Gema Gegar Vaganza minggu ini dengan masing-masing membawakan persembahan bertemakan Gema Mestika. Setelah berlangsung selama 4 minggu, kumpulan Hijjaz yang membawakan lagu Ya Maulana (Opick) kekal selesa berada pada kedudukan teratas sekali lagi buat kali yang ketiga.

Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi peserta wanita, Ana Raffali, apabila menjadi mangsa ketiga penyingkiran selepas menerima jumlah markah paling rendah daripada pihak juri profesional. Ini menjadikan Wani sebagai satu-satunya peserta wanita yang masih kekal untuk terus beraksi pada konsert kelima pada minggu hadapan.

Minggu ini juga turut menyaksikan kumpulan Mirwana kembali merampas Anugerah Gema Terindah kategori Karya Kreatif. Menerusi karya ciptaan Datuk M. Nasir ini, Mirwana tampil dengan persembahan yang cukup bertenaga di atas pentas menyampaikan lagu Raikan Cinta dengan gaya yang tersendiri.

Gema Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur, pada setiap hari Sabtu jam 9 malam. Siaran langsung dipancarkan secara serentak menerusi saluran Astro Oasis dan Maya HD. Anda juga boleh menonton ulangan persembahan kesemua peserta di laman www.gemagegarvaganza.com.my

Gambar: Astro

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response