0 comments

Hafiz Hamidun dan Siti Arifah sah bergelar suami isteri

by on May 1, 2017
 

Bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pasangan Hafiz Hamidun dan Siti Arifah akhirnya selamat diijabkabulkan hari ini oleh jurunikah Ustaz Firdaus Subhi pada jam 3.20 tengahari tadi.

Siti Arifah atau lebih dikenali dengan nama Joy Revfa menerima mas kahwin sebanyak RM 1,000.

Majlis yang diadakan secara sederhana ini dihadiri oleh kaum keluarga dari kedua belah pihak, sahabat terdekat serta rakan-rakan artis yang lain.

Antara Munsyid dan selebriti yang turut sama hadir memeriahkan majlis hari ini ialah kumpulan Mirwana, Saujana, Imam Muda Najdi UNIC, Hijjaz, Ustaz Syed Abdul Kadir, presiden Munsyid Malaysia Razin Che Mud dari kumpulan Mestica, Fadzli Aziz, Da’i Syed dan ramai lagi.

Barakallahu lakuma wa baroka ‘alaikum wa jama’a bainakuma fi khoir.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response