0 comments

James Gunn Pilih Karya Ciptaan Yusuf Untuk Guardians of the Galaxy Vol. 2

by on May 3, 2017
 

Marvel Studios sudah mula menayangkan filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 pada minggu lalu di Malaysia. Seperti yang dijangka, minggu ini filem tersebut terus melonjak ke tangga teratas box office di Malaysia.

Apa yang menarik perhatian kami pada sekuel kali ini ialah pada senarai runut bunyi yang digunakan di mana salah sebuah lagu yang dimainkan pada babak penting GOTG 2 adalah lagu popular yang dinyanyikan oleh Yusuf Islam. Lagu yang dimaksudkan berjudul “Father and Son”, merupakan antara karya malar hijau ciptaan Yusuf yang terkandung di dalam album “Tea for the Tillerman”.

Menurut pengarah GOTG 2, James Gunn dalam perkongsiannya bersama Rolling Stone, pemilihan lagu tersebut dibuat selepas beliau mendengar percubaan salah seorang bekas juri program pertandingan realiti America’s Got Talent, Howard Stern, mempersembahkannya menggunakan gitar akustik dalam sebuah rancangan.

Terdahulu Yusuf Islam telah disenaraikan sebagai muslim paling berpengaruh di dunia dalam The Muslim 500 pada tahun ini menerusi kategori Seni & Budaya. Beliau kini sedang giat menjalankan siri konsert jelajah dunia sempena menyambut ulang tahun ke-50 semenjak kemunculan awal beliau dalam industri. Sehingga kini masih belum ada khabar berita sama ada Malaysia akan dimasukkan dalam senarai destinasi siri jelajah tersebut ataupun tidak.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response