0 comments

UNIC lancar ‘Sucikan Hati’ sempena Ramadan

by on May 27, 2017
 

Nampaknya selepas menjuarai musim pertama Gema Gegar Vaganza, kumpulan nasyid UNIC tidak ingin menunggu terlalu lama untuk hadir dengan buah tangan terbaru buat para peminat mereka.

Bagi meneruskan momentum yang telah dicipta dari GGV, trio UNIC yang dianggotai oleh Bazli, Fakhrul dan Imam Muda Najdi hari ini muncul dengan single baru berjudul ‘Sucikan Hati’ sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Dalam single terbaru ini, UNIC sekali lagi mendapatkan khidmat penulis lirik terkenal ITO Lara bagi menyempurnakan lagi lagu yang telah dicipta oleh Bazli UNIC.

Istimewanya kali ini lagu ‘Sucikan Hati’ telah diangkat sebagai lagu tema untuk kempen Ramadan Raya – ‘Sucikan Hati, Salam Ramadan’ oleh stesen penyiaran Radio Television Malaysia (RTM). Selain UNIC, kempen anjuran RTM ini turut memperlihatkan penglibatan beberapa artis dan selebriti  popular tanah air antaranya selebriti online terkenal Zukie dan juga pelakon Beto Kusyairy.

Buat masa ini iklan dan klip video ‘Sucikan Hati’ hanya boleh ditonton secara eksklusif di semua stesen TV RTM dan juga di laman YouTube rasmi UNICDOTMY PRO.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response