0 comments

Simfoni dan Heliza Helmi Hidang Mesej Keamanan

by on July 5, 2017
 

Selepas kejayaan lagu Ana Muslim yang berentak ceria dan funky, kumpulan nasyid Simfoni kini tampil bersama lagu nasyid kontemporari/pop terbaru yang berjudul Mengalir Ke Syurga. Tidak seperti karya terdahulu yang menonjolkan mesej lebih santai, Simfoni kali ini mengetengahkan rentak, lagu dan mesej yang lebih serius tentang isu keamanan dunia dengan mengambil kira keadaan dan situasi yang menimpa negara-negara Islam yang lain ketika ini seperti Syria, Palestin, Rohingya dan sebagainya.

Melodi lagu ini dicipta oleh ahli kumpulan Simfoni sendiri iaitu Imtiaz dan liriknya pula mendapat hasil sentuhan yang sangat mendalam dari penulis lirik terkenal, saudara Ahmad Fedtri Yahya. Istimewanya single terbaru Simfoni kali ini adalah kerana ia menampilkan gandingan bersama artis popular Heliza Helmi yang turut sama menyumbangkan suara serta curahan idea bagi menjayakan lagu dan video muzik. Pemilihan Heliza Helmi sebagai penampilan istimewa di dalam lagu ini dilihat sebagai satu keputusan yang tepat memandangkan Heliza sendiri merupakan seorang aktivis yang bergiat aktif menjalankan misi bantuan dan kemanusiaan ketika ini.

Mengalir Ke Syurga telah pun berada di pasaran digital sejak pertengahan Jun 2017 dan video muzik rasmi lagu tersebut juga telah dimuat naik ke dalam saluran YouTube UNICDOTMY PRO. Video yang berdurasi 5 minit itu menggambarkan kepada kita situasi dan keadaan peperangan, perjuangan, kesedihan dan kemusnahan yang melanda di negara-negara Islam yang bergolak ketika ini. Lirik yang tertera di bahagian bawah video tersebut memberi mesej dan kesedaran kepada umat manusia semua untuk terus berdoa dan memberi semangat kepada mereka yang ditindas.

Mengalir Ke Syurga kini sedia dimainkan dan dimuat turun di pelbagai platform digital utama seperti iTunes, Spotify, KKBOX dan Deezer. Anda juga boleh menyaksikan video muzik rasmi di saluran YouTube UNICDOTMY PRO. Sebarang undangan persembahan Simfoni, hubungi 017 – 255 8834, atau emel kepada [email protected]

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response