0 comments

Adi Devotees sah bergelar suami

by on September 30, 2017
 

Anggota kumpulan nasyid Devotees, Adi Akmal Bin Sehrom, hari ini sah bergelar suami kepada Puteri Nur Asyiqin Binti Aziz dalam satu majlis pernikahan yang telah berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan bertempat di Taman Tun Dr Ismail awal pagi tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan yang juga merupakan pengarah terkenal, Aziz M Osman.

Puteri Nur Asyiqin menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM15,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Turut hadir meraikan majlis pernikahan pasangan ini ialah Halim, Shauqi dan Muhammad yang juga merupakan anggota kumpulan Devotees.

Majlis resepsi bagi pasangan Adi Akmal dan Puteri Nur Asyiqin akan dilangsungkan pada malam ini di Putrajaya dan majlis seterusnya pada 7 Oktober di Sungai Buloh.

Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma fi khoir.

Kami dari Munsyeed Dot Com mendoakan agar pasangan ini akan menjalani hidup yang penuh harmoni dan kekal bahagia bersama hingga ke Syurga. Amin.

Gambar: BH Online

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response