1 comment

Adiwiraku Tampil Wajah Generasi Baru Nasyid Malaysia

by on December 1, 2017
 

Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) tampil dengan single terbaru sempena menyambut kedatangan Peristiwa Maulidur Rasul pada tahun ini. Jika sebelum ini Munsyid Malaysia tampil dengan lagu-lagu yang dibarisi artis-artis nasyid yang ‘otai’ dan terkenal seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, UNIC, Inteam dan sebagainya, istimewanya single terbaru Munsyid Malaysia kali ini adalah kerana ia menghimpunkan ramai artis-artis nasyid yang baru dan muda yang sedang sedang meningkat naik ketika ini. Antara artis-artis yng terlibat dalam rakaman lagu ini adalah kumpulan Damai & Friends, Fine, Fo’uz, Harmonious, If-One, Izmir Fareez, Major 9, Mizie Kamis, Paradise, Pawana, R-iF, Rabithah, Simfoni, Usamah Kamal, dan Zeyad.

Melodi lagu ini dicipta oleh ahli kumpulan Simfoni iaitu Imtiaz Simfoni dan liriknya pula mendapat hasil sentuhan dari penulis lirik terkenal, saudara Radzi Sulaiman atau lebih dikenali dengan nama ITO Lara. Juga mendapat kerjasama oleh Syalina Ahmad selaku penterjemah untuk lirik Bahasa Inggeris serta kerjasama dari pelbagai pihak yang turut menjayakan projek rakaman lagu ini iaitu Razin Mestica selaku penerbit, Imtiaz Simfoni dan Fikri Major 9 sebagai pembantu penerbit, susunan muzik oleh saudara Wan Saleh dan ramai lagi yang turut membantu menyumbangkan idea.

Antara tujuan lagu ini diciptakan adalah sempena kedatangan Maulidur Rasul tahun 1439 Hijrah dan memperingati jasa dan pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Antara tujuan lain juga adalah untuk memperkenalkan barisan artis-artis nasyid baru dan muda yang kini sedang aktif dan meningkat naik dalam industri nasyid tanahair.

Bagi yang ingin mendengar lagu ‘Adiwiraku’, boleh dengar atau tonton di laman sesawang Youtube atau boleh membuat permintaan lagu di stesen-stesen radio yang ada. Sebarang maklumat lanjut atau undangan persembahan, boleh berhubung dengan saudara Asyraf Azehar di talian 017 – 594 1334.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response