0 comments

Konsert Dua Cinta “Malam Sejuta Harapan”

by on January 2, 2018
 

Pada 5 Januari 2018 ini, AlManna Event & Management dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Persatuan Mahasiswa Pengurusan Dan Muamalah KUIS (PMFPM) dan MUSLIM CARE Malaysia akan mengadakan konsert yang diberi nama KONSERT DUA CINTA “MALAM SEJUTA HARAPAN”. Beberapa selebriti dakwah terkemuka tanah air akan membuat persembahan pada malam tersebut dengan penampilan tiga artis dari tiga generasi berbeza; HIJJAZ, UNIC, ALMANNA dan Da’i Izhar.

Antara tujuan konsert ini diadakan adalah untuk mencari dana bagi aktiviti Kebajikan dan dakwah Orang Asli bersama Muslim Care Malaysia, di samping mencari dana bagi Persatuan Mahasiswa Pengurusan Dan Muamalah. Selain itu juga, sebahagian dari hasil kutipan konsert akan disalurkan kepada Tabung Wakaf KUIS.

Konsert Dua Cinta akan berlangsung pada 5 Januari ini bersamaan dengan hari Jumaat, 5 Januari 2018 bertempat di Pusat Konvensyen KUIS, bermula pada jam 8:45 malam. Harga tiket bermula dari RM10 bagi tempat duduk belakang, RM20 bagi tempat duduk tengah, dan RM50 bagi tempat duduk hadapan beserta sesi ‘meet & greet’ secara eksklusif.

Untuk tempahan tiket, boleh menghubungi melalui Whatsapp Cik Hayati di 019 291 6151 dan Encik Aliff di 016 318 0194

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response