0 comments

Rabbani ingin tunaikan umrah bersama peminat

by on January 19, 2018
 

Menutup tirai 2017 bergelar anak seni dalam memperjuangkan irama Nasyid kontemperari dengan mengetengahkan konsep muzik universal, kini kumpulan nasyid popular Rabbani yang dianggotai oleh 8 orang antaranya Azadan Abdul Aziz, Mohd Asri Ubaidullah, Zulkifly Azman, Rahmat Shafie, Rithauddin Yakob, Mohd Loqman Abdul Aziz, Nazrul Azhar Tamrin dan Afendi Sahabuddin. Mereka semua meneruskan legasi perjuangan Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang telah meninggal pada 13 Ogos 2009 yang lalu.

Berbekalkan kesefahaman dan silaturahim yang terjalin sekian lamanya, menjadikan tahun baru 2018 bagi Kumpulan Rabbani satu perjalanan yang masih luas untuk di jelajahi. Terbaru Rabbani telah dilamar oleh pemilik syarikat ALFAJR TRAVEL & TOUR SDN. BHD. iaitu Tuan Haji Osman bin Ahmad yang telah sudi melantik kumpulan Rabbani sebagai rakan sinergi untuk Pakej Umrah Bersama Rabbani yang akan berlangsung pada bulan Febuari, Mac, April, Mei, November dan Disember 2018 ini. AlFajr Travel & Tour Sdn. Bhd. yang beroperasi di alamat jalan ipoh Rawang Selangor dan telah beroperasi lebih 10 tahun yang lalu dengan mempunyai wakil pengurusan umrah lebih 100 orang di seluruh Malaysia.

Bagi kumpulan Rabbani kerjasama dengan ALFAJR TRAVEL & TOUR SDN. BHD. adalah satu peluang yang tidak akan dilepaskan kerana inilah masanya untuk Rabbani berkongsi dengan seluruh rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah Umrah bersama-sama dan pada bila-bila masa dengan harga pakej yang sangat istimewa dan mampu milik.

Penerbangan pertama pakej Umrah Bersama Rabbani 2018 dengan harga istimewa RM4990.00 yang akan berangkat pada penghujung Febuari 2018 ini.

Peminat dan orang ramai boleh terus menghubungi anggota Rabbani untuk membuat tempahan segera bagi mendapatkan hadiah istimewa. Boleh ke Facebook Rabbani atau #umrahbersamarabbani atau Instagram rabbani_official. Juga boleh menghubungi wakil kami terus di talian 01132621042 / 0182968117.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response