0 comments

Gandingan Sulung Azmi Saat & Daly Filsuf dalam KATA JUANG

by on February 12, 2018
 

Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat merupakan penyanyi lelaki yang memiliki vokal yang cukup unik di Malaysia. Semenjak kemunculan pertama beliau bersama Caliph Buskers di pentas AJL 29, bakat beliau terus menjadi rebutan kebanyakan komposer popular Malaysia antaranya Edry Abd Halim, Faizal Tahir dan Edrie Hashim.

Selepas kejayaan memenangi tempat kedua Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 32, Azmi Saat sekali lagi tampil dengan buah tangan terbaharu, kali ini bergandingan bersama Daly Filsuf dalam Kata Juang. Gandingan kali pertama Azmi Saat dan Daly Filsuf ini telah diinspirasikan oleh komposer muda meningkat naik, Awad yang inginkan lagu ciptaan beliau disampaikan oleh dua figura hebat tanah air ini. Lagu ini turut mendapat sentuhan lirik dari Daly Filsuf sendiri.

Ternyata percaturan itu berhasil dengan munculnya Kata Juang pada penghujung Januari lalu. Kata Juang membawakan mesej positif dan peringatan buat semua manusia tentang janji-janji yang telah kita ikrarkan kepada Tuhan.

“Terlalu banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh manusia secara sedar atau tidak. Saya selalu terfikir untuk menyampaikan pesan kepada setiap orang secara halus dan merasakan Kata Juang ini merupakan medium yang sesuai buat saya untuk menyampaikan hasrat ini.” jelas Awad.

“Terima kasih kepada Azmi dan Daly Filsuf atas kepercayaan ini dan mereka telah menyampaikan dengan cara yang paling sempurna dan saya harapkan agar mesej ini sampai kepada semua” tambah beliau.

Muzik video lagu ini telah dilancarkan di laman YouTube Monkey Bone dan jumlah tontonan sudah mula meningkat dari sehari ke sehari. Selain itu lagu ini juga boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan Raku.

Rangka promosi lagu edaran Monkey Bone ini akan bermula pertengahan bulan Februari ini memandangkan komitmen yang telah dilalui oleh Azmi Saat semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 baru-baru ini.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response