0 comments

Might Not Be Right Temukan Bekas Anggota Outlandish dan Safe Adam

by on February 22, 2018
 

Sekitar awal Julai tahun lalu, ramai peminat muzik antarabangsa yang kecewa dan sedih dengan berita pembubaran kumpulan Outlandish secara mengejut. Walau bagaimanapun kekecewaan peminat tidak berlangsung terlalu lama apabila menyaksikan kebangkitan trio ini yang popular dengan lagu Aicha dan Look Into My Eyes, masing-masing giat menerbitkan beberapa buah single dan juga melancarkan sebuah album nasyid (One Foot In The Sink The Other On A Banana Peel) sekitar Ramadan tahun lepas secara solo.

Dalam perkembangan terbaru, Waqas yang merupakan salah seorang bekas anggota Outlandish baru sahaja melancarkan single dan video muzik terbaharu berjudul Might Not Be Right. Menerusi lagu ini, Waqas sekali lagi menampilkan kolaborasi bersama penyanyi nasyid dari United Kingdom, Safe Adam (Saif Adam) dan juga seorang lagi bekas anggota Outlandish, Lenny. Ini merupakan kolaborasi kedua antara Waqas dan Safe Adam selepas karya It Is Written yang dimuatkan di dalam album nasyid pertama penyanyi dari Denmark itu tahun lalu.

Tidak seperti karya-karya terdahulu, Might Not Be Right telah membawa ketiga-tiga penyanyi dari Eropah ini menjelajah ke Qatar, Pakistan, London dan Bahrain bagi menjalani sesi penggambaran video muzik lagu tersebut. Dengan berbekalkan sebuah kamera jenama Olympus, Waqas yang turut bertindak sebagai pengarah dan editor video muzik ini berjaya mempamerkan keunikan dan keindahan latar kehidupan setiap negara yang dikunjungi.

Single terbaharu ciptaan Waqas, Safe Adam dan Lenny diterbitkan oleh Soulcamp Entertainment dan kini sedia untuk dimuat turun serta dimainkan disemua platform muzik digital utama seluruh dunia.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response