0 comments

Selamat Tinggal Masa Trending di YouTube Tanpa Kontroversi

by on March 19, 2018
 

Ramai yang bercakap tentang kehebatan filem terbaru terbitan Skop Production arahan Syafiq Yusof, KL Special Force. Garapan yang dianggap setanding filem hollywood ini telah merekod jualan pecah panggung 6.3 juta dalam masa 7 hari tayangan.

Tidak sah sesebuah filem sekiranya tidak disertakan dengan runut bunyi sebagai salah satu cara promosi. Gandingan pelakon antagonis filem KL Special Force, Syamsul Yusof dan penyanyi bersuara tinggi, Black Hanifah telah bergabung dalam ‘Selamat Tinggal Masa’ yang dilancarkan pada 8 Mac 2018.

Jika sebelum ini Syamsul dilihat lebih banyak bekerjasama dengan Mawi dalam sesebuah lagu, kali ini Syamsul memilih Black sebagai pasangan duet di dalam Selamat Tinggal Masa. Idea untuk berkolaborasi bersama Black telah dirancang sejak awal tahun 2017 dan akhirnya terlaksana melalui single terbaru ini.

Lagu ciptaan sendiri oleh Syamsul Yusof ini turut mendapat sentuhan lirik dari sepupunya Dr. Anwar Fazal yang juga pernah menulis bagi lagu-lagu hits terdahulu antaranya Kalah Dalam Menang, Senorita dan Bukan Propaganda.

Sudah mulai trending di laman YouTube sejak minggu lalu, jumlah tontonan video muzik lagu ini kini telah mencecah lebih 639,000 tontonan. Terbukti kekuatan lagu ini yang sarat dengan mesej positif menjadi antara faktor ia mudah diterima ramai tanpa mencipta sebarang kontroversi. Pelayar turut memberikan komen positif tentang lagu dan kolaborasi baru ini.

Selamat Tinggal Masa adalah sebuah lagi karya terbitan dan edaran Monkey Bone. Klip video lagu ini sudah boleh ditonton di laman YouTube Monkey Bone serta sedia dimainkan di platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, KKBox, Joox, Raku, Younder dan Deezer

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response