0 comments

Ibu Farihin Abdul Fattah Meninggal Dunia

by on April 24, 2018
 

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

Kami baru sahaja menerima khabar duka yang melanda juri tetap Gema Gegar Vaganza musim kedua, Farihin Abdul Fattah sebentar tadi.

Menerusi mesej yang diterima, kami dimakmlumkan bahawa bonda kepada komposer terkenal tersebut, Allahyarhamah Maryam Binti Nasron telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 6.30 petang hari ini.

Ketika ini ramai di kalangan rakan munsyid turut berkongsi rasa duka dan menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah. Antaranya ialah Hazamin Inteam, Mahdi Rabithah, Fitri Haris, Firdaus If-One, Muhammad Devotees dan ramai lagi.

Farihin Abdul Fattah pada awalnya dijadualkan akan bersama ahli-ahli MUNSYID Malaysia sebagai naqib jemputan di dalam usrah bulanan malam ini di pejabat urusan Tarbiah Sentap. Dengan perkembangan terbaru ini, sebuah majlis tahlil turut akan diadakan di dalam majlis usrah kali ini.

Allahumghfirlaha warhamha wa’aafiha wa’fu ‘anha.

“Ya Allah, ampunkanlah dia dan rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia”

Kami dengan ini ingin mengajak sahabat-sahabat pembaca Munsyeed untuk menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kebaikan buat arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Nya dan dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response