0 comments

Lancar album baru bulan Ini, Maher Zain tampilkan kejutan buat peminat

by on April 25, 2018
 

Maher Zain pada awal Januari 2017 yang lalu telah mengacah para peminat seluruh dunia mengenai karya terbaharu daripada beliau yang bakal disajikan. Walau bagaimanapun setelah lebih setahun ianya sepi tanpa sebarang khabar berita, baru-baru ini penyanyi yang juga pengasas bersama yayasan One Family kembali ‘mengusik’ para peminat setia beliau dengan memuat naik sebuah gambar promosi berserta tanda pagar #surprise di laman rasmi media sosial miliknya.

Penantian para peminat kini berakhir apabila hari ini muncul sebuah album baru yang istimewa daripada penyanyi popular kelahiran Lubnan itu.

Album yang diberi nama The Best of Maher Zain Live & Acoustic merupakan sebuah album yang menghimpunkan 14 buah lagu terbaik Maher Zain sepanjang penglibatan beliau di dalam industri muzik antarabangsa. Menariknya kesemua 14 buah lagu ini telah dipersembahkan oleh Maher Zain dengan gaya penyampaian yang sedikit berlainan daripada versi asal berserta susunan muzik baru yang lebih santai dan mengasyikkan.

Berikut adalah senarai lagu yang terkandung di dalam album The Best of Maher Zain Live & Acoustic:-

  1. Insha Allah (Live & Acoustic)
  2. Medina (Live & Acoustic)
  3. One Big Family (Live & Acoustic)
  4. Asalamu Alayka (Live & Acoustic)
  5. Ramadan (Live & Acoustic)
  6. For the Rest of My Life (Live & Acoustic)
  7. Let It Go (Live & Acoustic)
  8. Baraka Allahu Lakuma (Live & Acoustic)
  9. One Day (Live & Acoustic)
  10. Mawlaya (Live & Acoustic)
  11. Peace Be Upon You (Live & Acoustic)
  12. Number One for Me (Live & Acoustic)
  13. Ummati (Live & Acoustic)
  14. Ya Nabi Salam Alayka (Live & Acoustic)

Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, rakaman album ini telah dilakukan secara tertutup di hadapan sejumlah kecil penonton yang telah dijemput secara eksklusif untuk menyaksikannya secara langsung di Studio Wisseloord, Netherlands, sebuah studio yang juga pernah digunakan oleh artis-artis ternama antarabangsa seperti Michael Jackson, Elton John, Metallica, Paul McCartney dan ramai lagi.

Apa yang pasti para peminat Maher Zain sememangnya akan merasakan satu pengalaman yang berbeza apabila mendengar lagu-lagu kegemaran mereka kembali dipersembahkan di dalam album ini.

Album terbaharu Maher Zain diterbitkan oleh Awakening Worldwide dan dijangka akan mula berada di semua platform digital utama bermula 27 April ini. Bagaimana pun tempahan awal album ini sudah boleh dilakukan sekarang di iTunes dengan harga RM37.90.

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response