0 comments

MAPIM Kutuk Assasinasi Imam Palestin

by on April 21, 2018
 

SIARAN MEDIA

MAPIM mengutuk dan mengecam assasinasi Dr Fadi Albatsh seorang imam warga Palestin dan pensyarah universiti swasta di KL pagi ini keika berjalan menuju ke surau dikawasan kediamannya untuk solat subuh.

Mapim menyampaikan ta’ziah kepada keluarga almarhum dan berharap mereka bersabar menghadapi ujian berat ini.

Tembakan sebanyak 10 das ke arah Dr Fadhi seperti dilapur oleh media, jelas bahawa ianya adalah assasinasi yang telah dirancang dengan rapi.

Berita mengejut ini adalah sangat menyedihkan kerana Malaysia sepatutnya menjadi tempat selamat untuk warga Palestin atau kepada mana-mana pelarian akibat konflik di negara asal.

Insiden membunuh secara terbuka dikawasan awam oleh pembunuh upahan kini nampaknya menjadi gejala yang tidak asing di Malaysia.

Kejadian pembunuhan sebegini menandakan jenayah bersindiket untuk mensasar seseorang mangsa di Malaysia semakin bertapak di negara ini yang selama ini dianggap negara aman dan boleh menjadi tempat perlindungan untuk warga Palestin dan warga lain.

Asasinasi warga Korea yang lalu juga menunjukkan adanya percubaan menjadikan Malaysia tempat melancarkan operasi jenayah bersindiket.

Pembunuh upahan yang beroperasi di Malaysia bukan suatu yang asing lagi.

Kami mengesa pihak polis menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan penjenayah dan pihak yang mendalangi assasinasi ini.

Assasinasi warga Palestin kini telah berlaku di beberapa negara yang melibatkan operasi inteligen Mossad Israel.

Kami mengesa siasatan ini dilaksanakan segera untuk membongkar motif assasinasi tersebut .

Malaysia tidak boleh dibiar menjadi tapak sindiket pembunuhan secara upahan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response