0 comments

UNIC #1 di Spotify Malaysia

by on July 5, 2018
 

Pada April yang lalu Spotify telah menyambut ulang tahun kelima semenjak mereka memulakan operasi di Malaysia. Bersempena dengan itu, Spotify telah berkongsi beberapa data statistik menarik yang memperlihatkan aktiviti serta tabiat pengguna di negara kita.

Menerusi data yang dikongsikan, kumpulan nasyid UNIC mengungguli senarai kumpulan tempatan dengan memiliki jumlah penstriman lagu paling tinggi di dalam kategori tersebut. Turut sama berada di dalam senarai ini ialah kumpulan popular Projector Band, Hyper Act, Akim And The Majistret dan kumpulan lagenda Search.

Bagi kategori penyanyi lelaki dan wanita, kedua-duanya diungguli oleh Faizal Tahir dan juga Dato Sri Siti Nurhaliza.

Selain senarai artis tempatan, Spotify juga turut memperlihatkan senarai artis antarabangsa yang lagunya menerima jumlah penstriman tertinggi oleh pengguna di Malaysia.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Spotify Malaysia, apakah kesimpulan atau pandangan yang anda boleh berikan? Daripada data yang dikongsikan di atas, ternyata genre K-Pop menjadi pilihan utama di kalangan pengguna di negara ini dengan jumlah penstriman melebihi 1.4 billion jam.

Tahniah Munsyeed ucapkan kepada kumpulan UNIC. Kejayaan ini pastinya sesuatu yang akan memberikan momentum positif kepada mereka dan juga para penggiat seni hiburan berunsur dakwah di luar sana.

sumber: Amanz

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response