0 comments

Astro Bakal Perkenal NAURA, Saluran Gaya Hidup Muslim Kontemporari

by on September 26, 2018
 

Siaran TV berbayar No. 1 Malaysia, Astro bakal memperkenalkan satu lagi saluran baharu yang diberi nama NAURA, Saluran 125.

Menurut sumber Astro Gempak, Naura merupakan saluran gaya hidup Muslim kontemporari dimana kandungan siaranya merangkumi program gaya hidup masyarakat Muslim masa kini, program bual bicara, ceramah dari personaliti terkenal, program adaptasi buku Islamik terlaris dan banyak lagi.

Antara personaliti yang bakal mewarnai saluran terbaharu ini adalah Mizz Nina, Aliff Satar, Hana Ismail, Hanis Zalikha dan ramai lagi.

Menariknya, penonton tidak hanya disajikan dengan kandungan siaran dalam negara sahaja. Sebaliknya, NAURA turut menawarkan kandungan siaran dari luar negara yang bakal menampilkan Mufti Menk, Yasmin Mogahed, Nouman Ali Khan, Liyana Musfirah dan ramai lagi.

Menurut Astro, setiap kandungan yang akan disajikan di NAURA akan berpaksikan kepada 3 elemen utama iaitu inspirasi, informatif dan hiburan.

Saluran baharu Astro – NAURA. Gambar kredit: Astro Gempak

Bercakap mengenai saluran baharu ini, Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Astro (Islamik, Wanita dan Gaya Hidup), Azlin Reza Azmi menjelaskan bahawa NAURA diperkenalkan setelah melihat perubahan gaya hidup masyarakat Muslim masa kini yang dilihat lebih moden, berani dan berfikiran terbuka dalam segala hal baik daripada segi fesyen atau dalam melontarkan pendapat, pilihan gaya hidup dan sebagainya.

“Namun, dalam masa yang sama mereka masih utuh dengan pegangan agama dalam menjalani kehidupan seharian dan sentiasa berusaha memperbaiki diri menjadi Muslim yang lebih baik.

“Justeru itu, NAURA hadir untuk memberikan sokongan terhadap perubahan gaya hidup positif ini dengan menawarkan pelbagai kandungan Islamik yang bersesuaian dengan jiwa mereka.

“Program-program yang kami hasilkan untuk saluran NAURA dirangka dengan teliti dan mempunyai nilai pasaran global di mana pengisiannya bukan hanya sesuai buat tontonan masyarakat Muslim di Malaysia malahan komuniti Muslim seluruh dunia.”

Jelas beliau lagi, sebanyak 60 peratus kandungan dalam saluran NAURA kelak akan menggunakan Bahasa Inggeris dan selebihnya menggunakan Bahasa Melayu.

Saluran NAURA boleh didapati dengan melanggan pek Mustika dengan harga langganan serendah RM 12.95 sebulan. Sebagai pengenalan, pelanggan Astro akan menikmati saluran NAURA 125 secara percuma 1 Oktober 2018 hingga 14 Oktober 2018.

Selamat menonton!

Sumber: Astro Gempak

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response