0 comments

Da’i Adam Juarai Da’i Nusantara Musim Ke-6

by on September 29, 2018
 

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu – itulah yang dapat digambarkan apabila keputusan Da’i Pendakwah Nusantara diumumkan malam tadi. Muhammad Adam Muhibbullah Abdullah, 26 tahun, telah dinobatkan sebagai Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke-6.

Peserta Mualaf berasal dari Ranau, Sabah itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM60,000, pakej umrah untuk 2 orang beserta trofi. Disamping itu, Da’i Adam juga turut mengungguli Da’i Pilihan Almas yang melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000, produk Almas Beauty berjumlah RM2,000 dan trofi.

Tempat Kedua pula dimenangi oleh Imran Mohd Zaki, 21 tahun, manakala Haziq Safwan Norzaman, 22 tahun meraih tempat ketiga dalam pertandingan realiti tv tersebut.

Da’i Imran membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, pakej umrah untuk seorang dan sebuah trofi. Manakala Da’i Haziq selaku tempat ketiga memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 dan produk Almas Beauty berjumlah RM2,000.

Ketika ditemui media, Da’i Adam memberitahu bahawa beliau tidak menyangka akan menjuarai Da’i Pendakwah Nusantara pada Pentas Akhir malam tadi.

“Saya menjangkakan (Da’i) Imran yang akan menjuarai pertandingan ini setelah melihat penyampaian beliau. Tetapi syukur alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya. Kesemua finalis telah melakukan yang terbaik pada malam ini.”

Menurut siswa tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Dakwah & Pengurusan Sumber Insan dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), beliau kini akan memberi fokus untuk menyelesaikan kuliahnya di KUIS dan berhasrat untuk meneruskan aktiviti dakwah beliau kepada masyarakat.

Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 melabuhkan tirainya malam tadi dengan mengekalkan Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara. Manakala Datuk Mohd Zawawi Yusoh sebagai Mursyid. Personaliti popular Indonesia, Oki Setiana Dewi hadir sebagai Tetamu Nusantara malam tadi. Turut memeriahkan persembahan Pentas Akhir Da’i Nusantara semalam adalah Tomok, Caliph Busker dan Aizat Amdan.

– Munsyeed

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response