0 comments

Shahida Ajak Aliff Syukri Duet Lagu Agama Kedamaian (Deen Assalam)

by on September 27, 2018
 

Kurang 48 jam disiarkan, video muzik Agama Kedamaian nyanyian Datin Seri Nur Shahida feat Datuk Seri Aliff Syukri telah berjaya mendapat hampir 300,000 tontonan di laman YouTube! Rata-rata penonton memuji kelunakan suara Shahida dalam menyampaikan lagu berbahasa Arab tersebut.

Agama Kedamaian merupakan sebuah lagu ‘cover version’ kepada lagu asal, Deen Assalam nyanyian Sulaiman Al-Mughni. Lagu ini telah disusun semula oleh komposer terkenal, Hafiz Hamidun. Menariknya, lagu ini telah disampaikan dengan dwibahasa dimana bahagian Bahasa Arab dinyanyikan oleh Shahida manakala bahagian Bahasa Melayu dinyanyikan oleh suaminya, Aliff Syukri.

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa Shahida dahulunya merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Solehah. Jadi, tidak hairanlah apabila Shahida dilihat berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik sekali. Lengguk nyanyian dan kemerduan suara Shahida dalam menyampaikan lagu ini cukup mempersonakan. Pun begitu, cabaran menyanyikan lagu berbahasa Arab ini tetap ada dari segi sebutan makhraj dan sebagainya.

Selain Shahida dan Aliff Syukri, kumpulan nasyid UNIC juga pernah membawa ‘cover version’ lagu Deen Assalam ini berduet dengan Imam Masjid Negeri Shah Alam, Ustaz Abdul Karim Al-Makki.

Untuk menonton video muzik Agama Kedamaian, anda boleh layari saluran Youtube milik Aliff Syukri di TV Terlajak Laris atau anda boleh muat turun lagu ini di semua platform digital seperti Spotify, iTunes dan sebagainya.

Muat turun Agama Kedamaian – https://song.link/i/1437175021

– Munsyeed

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response