0 comments

Spotify memperkenalkan fungsi muat naik karya anda secara percuma

by on September 22, 2018
 

Spotify baru-baru ini telah mula memperkenalkan fungsi baru yang membolehkan artis indie memuat naik karya-karya mereka terus ke platform popular tersebut tanpa perlu melalui syarikat rakaman mahupun pihak ketiga.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Spotify, artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak bersama syarikat rakaman boleh memuatnaik lagu-lagu mereka dengan mudah secara percuma melalui portal khas Spotify for Artists.

Bagi urusan pembayaran royalti pula, jumlah royalti terkumpul di Spotify akan terus dimasukkan ke dalam akaun artis setiap bulan secara automatik. Ini bermakna artis tidak lagi perlu berhadapan dengan proses birokrasi badan-badan tertentu di dalam negara untuk mendapatkan bayaran royalti yang diperolehi hasil daripada penstriman lagu di Spotify.

Buat masa ini ianya masih berada dalam fasa beta dan akses kepada fungsi ini masih terhad kepada penggiat seni yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Sementara menanti fungsi ini mula diperluaskan ke Malaysia, penggiat seni tanah air boleh dapatkan akaun Spotify for Artists terlebih dahulu di laman ini.

sumber: Spotify

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response