0 comments

4 Negara Rebut Juara Manhajj Mutawwif Musim Kedua

by on October 29, 2018
 

Program realiti televisyen pencarian mutawwif, Manhajj Mutawwif kembali lagi untuk musim kedua dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan.

Menurut penerbitnya, Abd Halim Ikhsan berkata, musim terbaharu ini akan menyajikan sesuatu yang lebih menarik kerana akan melibatkan persaingan antara para peserta daripada empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Beliau turut menjelaskan sebagaimana musim terdahulu, para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara.

“Untuk musim kedua, program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa.

“Antara elemen baharu lain diperkenalkan adalah ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka.

“Seperti musim lalu, para peserta akan bersaing dalam lapan konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif musim kedua di IDCC Shah Alam, Menara Korporat baru-baru ini.

Abd Halim menambah, program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat.

Program selama satu jam setengah itu akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2019.

Musim pertama rancangan Manhajj Mutawwif yang telah bersiaran bermula Mac hingga Mei lalu menyaksikan Ahmad Syafik Samat dinobatkan sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi.

Naib juara pula menjadi milik Muhammad Syafiq Abdul Rashid dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki dan juga Muhammad Mustakim Abd. Rahim, masing-masing membawa pulang wang tunai RM 30,000 dan RM10,000 berserta trofi.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response