0 comments

7 Orang Ahli Kumpulan Saujana Bakal Berkongsi Pentas, Realisasi Reunion Saujana

by on October 23, 2018
 

Buat julung-julung kalinya, 7 orang ahli kumpulan nasyid Saujana bakal bergabung dalam sebuah persembahan eksklusif pada hujung Oktober ini.

Penampilan 7 ahli kumpulan Saujana ini disifatkan sebagai yang pertama dan paling eksklusif sempena acara KENDURIANNADI, anjuran Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, An-Nadi.

Kesemua 7 orang ahli kumpulan Saujana iaitu Suffian Amrin, Azalinor Abd Rahman, Wan Najran, Ahmad Zuhaidi, Dr Idzu Baharin, Dr Faizul Hizal dan Hakimi Harun telah bersetuju untuk tampil dan memberikan persembahan istimewa bertemakan Reunion Saujana.

Pastinya persembahan ini sangat dinanti-nantikan oleh para peminat memandangkan bukan mudah untuk kita melihat kesemua 7 ahli kumpulan Saujana bergabung dalam satu persembahan seperti ini. Lebih-lebih lagi kesediaan dan komitmen yang diberikan oleh Dr Idzu Baharin, Dr Faizul Hizal dan Hakimi Harun walaupun umum mengetahui kesibukan mereka dalam kerjaya masing-masing.

Untuk rekod, Saujana pernah muncul dengan sebuah lagu yang menggabungkan ketujuh-tujuh ahli kumpulan mereka sempena 20 tahun penubuhan Saujana yang diberi nama Satu Dalam Perjuangan.

Persembahan istimewa ini bakal diadakan pada 27 Oktober 2018 di Dewan Gemilang GMI Bangi, Selangor.

Walaubagaimanapun, hasil semakan di bahagian komen akaun Facebook milik salah seorang ahli kumpulan Saujana mendapati, kesemua meja untuk acara tersebut telahpun habis ditempah. Ya, kami pun mengeluh seperti anda!

Mungkin kita boleh syorkan kepada Saujana untuk ‘repeat’ konsert reunion Saujana ini?

p/s: Terus ‘play’ lagu-lagu popular Saujana seperti Keluarga Bahagia, Suci Sekeping Hati, Sepohon Kayu, Jendela Hati, Padamu Selamanya. Rindu sungguh!

– Munsyeed.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response