0 comments

Awakening Ajak Peminat Buat ‘Cover Song’ Lagu Maher Zain #MZCover

by on October 13, 2018
 

Syarikat rakaman antarabangsa, Awakening Records menganjurkan satu kempen menyanyikan lagu Maher Zain yang diberi nama #MZCover.

Menerusi kempen ini, para peminat boleh menyanyikan mana-mana lagu Maher Zain yang mereka gemari seterusnya rakamkan dan muatnaik di laman sosial dengan tanda pagar (hashtag) #MZCover.

Berikut dikongsikan langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk menyertai kempen #MZCover ini:

  1. Rakam dan nyanyikan mana-mana lagu Maher Zain
  2. Muatnaik video rakaman tersebut di akaun Youtube anda
  3. Siarkan video tersebut di Facebook, Instagram atau Twitter dengan menggunakan tanda pagar #MZCover
  4. Pastikan anda tanda (tag) Awakening Records dan Maher Zain
  5. Juga pastikan akaun anda adalah ‘public’ supaya memudahkan pihak Awakening mengakses video tersebut.

 

Tangkap layar (screenshot) di Facebook Awakening Records

 

Video nyanyian terbaik akan dipilih dan disiarkan di saluran Youtube rasmi Awakening Records dan disemua saluran sosial media rasmi Awakening.

Selamat mencuba!

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response