0 comments

Dedikasi ‘Teman Sejati’ Zahid Hamidi

by on October 2, 2018
 

Presiden UMNO, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi memilih lagu anthem daripada kumpulan Brothers sebagai lagu penutup perhimpunan agung tahunan parti Melayu terbesar di Malaysia.

Menurut pemerhati yang turut menghadiri perhimpunan tersebut, lagu tersebut dipilih sendiri oleh figura yang kini bergelar Ketua Pembangkang di Parlimen bagi menghargai kesetiaan rakan-rakan yang masih kekal didalam UMNO tatkala mereka diuji dengan kekalahan mengejut pada Pilihan Raya lepas.

“Kami semua tahu yang Dr Ahmad Zahid mempunyai satu karakter yang sangat istimewa. Beliau amat mengasihi rakan-rakannya terutama yang sanggup berjuang bersama-sama diwaktu susah dan senang beliau”Jelas seorang hadirin.

Rata-rata perwakilan yang sebelumnya bersemangat tiba-tiba bertukar hiba malah ramai yang menitiskan air mata tatkala lagu itu dikumandangkan, sebelum majlis itu diakhiri dengan selawat Nabi.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response