0 comments

Rabbani Hadir Dengan Video Acah Pradengar Lagu Baru Berjudul Ittihad

by on October 24, 2018
 

Dalam artikel yang lepas, kami ada kongsikan berita gembira yang kumpulan nasyid Rabbani bakal muncul dengan lagu terbaru berjudul Ittihad. (Baca: Rabbani Umum Bakal Lancar Single Terbaru Berjudul Ittihad)

Terkini, kumpulan Rabbani mula berkongsikan video acah (teaser) pradengar lagu terbaru mereka berjudul Ittihad di saluran Youtube Rabbani Productions.

Menerusi video acah berdurasi 42 saat itu, Rabbani berkongsikan bahagian ‘chorus’ lagu Ittihad yang merupakan hasil ciptaan komposer Daqmie dan lirik ditulis oleh ITO Lara.

Buat masa ini, Rabbani masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran lagu Ittihad. Jadi, sementara kita menantikan pengumuman Rabbani, jom kita layan dahulu video acah pradengar lagu Ittihad di saluran Youtube Rabbani Productions.

– Munsyeed

 

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response