Rabbani Umum Bakal Lancar Single Terbaru Berjudul Ittihad
Selepas kumpulan nasyid Raihan, kini satu lagi legenda nasyid mengumumkan bakal melancarkan single terbaru mereka. Menerusi kemasan status terbaru, kumpulan nasyid popular Rabbani mengumumkan bakal muncul dengan single terbaru berjudul Ittihad.
Ittihad merupakan single terbaru Rabbani hasil ciptaan komposer hebat, Daqmie dan lirik dihasilkan oleh Penulis Lirik terkenal ITO Lara.
Pasti ramai yang ternanti-nanti buah tangan terbaru Rabbani ini. Tambahan pula, lagu ini merupakan hasil kolaborasi mantap komposer dan pencipta lirik Juara Anugerah Nasyid IKIM 2014, Tangis Sebatang Tamar.

Kemasan status yang dimuatnaik oleh Rabbani di laman Facebook rasmi mereka hari ini.
Setakat ini tiada teaser yang dikongsikan oleh kumpulan nasyid Rabbani untuk single terbaru mereka. Juga tiada pengumuman rasmi mengenai tarikh single ini bakal dilancarkan. Namun, berdasarkan maklumat yang kami terima, Ittihad bakal dilancarkan pada bulan Oktober ini di semua platform digital.
Apa pun, kita nantikan kemunculan Ittihad yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.
– Munsyeed
APA KATA ANDA?
Facebook
Disqus
Munsyeed